Sunday, July 21, 2013

Perkara Mahkruh ketika Berpuasa

Assalamualaikum.



Perkara Mahkruh semasa Berpuasa




  • Menyelam dalam air akan menyebabkan puasa menjadi batal jika air memasuki rongga-rongga anggota tubuh-badan yang perlu dijaga. Oleh sebab itu, perbuatan tersebut adalah makruh dilakukan sekalipun dalam perkara-perkara yang dituntut seperti mandi wajib atau mandi-mandi sunat.

  • Makruh merasa makanan dengan lidah kerana ia boleh menyebabkan makanan tertelan masuk ke dalam perut. Perbuatan itu juga boleh membuka selera makan bagi orang yang berpuasa itu, dan ini boleh membawa kemungkinan yang dia tidak mampu menahan dirinya untuk terus berpuasa.

  • Cakap banyak tanpa hajat. Ini kerana banyak bercakap mengundang pelbagai kemungkinan, termasuk fitnah dan tersalah cakap.

  • Banyak tidur. Tidur keterlaluan akan lari daripada tujuan merehatkan badan, bahkan akan melemahkan kembali tubuh badan.

  • Mengeluarkan darah seperti berbekam dan lainnya

  • Menggosok gigi selepas gelincir matahari 

  • Mencium atau mengucup isteri.



Selamat Berpuasa ! 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...