Thursday, February 2, 2012

Tanda-tanda kanser? dan cara merawat KANSER! mesti tengok..

assalamualaikum wbt
(tak jawab dosa kalau jawab sayang)


hello peeps!


kanser adalah satu penyakit yang ditakuti ramai..
so jom layan apa sebab dan cara untuk mengelakkannya...


*info dari Mynewshub


TANDA-TANDA AWAL KANSER
(1) Kanser pangkal rahim – sebarang lelehan atau pendarahan yang luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
(2) Kanser payudara – bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
(3) Kanser usus besar – perubahan pada tabiat membuang air,hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
4) Kanser paru-paru – batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah,sakit dada dan hilang berat badan.
5) Kanser perut – hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur,cepat kenyang walaupun makan sedikit.
6) Kanser limpa – sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan,turun berat badan,kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
7) Kanser ovari – haid menjadi tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.
8) Kanser otak – sakit kepala,muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
9) Kanser prostat – sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
(10) Kanser darah (leukimia) -letih,pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
(11) Kanser tekak – suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak,sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.
10 PENYEBAB UTAMA KANSER
(1) Makanan
(2) Tembakau
(3) Alkohol
(4) Radiasi
(5) Sinaran cahaya matahari
(6) Pekerjaan
(7) Pengambilan ubat
(8) Pencemaran air dan udara
(9) Perokok yang tidak aktif
(10) Keturunan
TEH DAN KANSER
Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah,membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem “detoxification” di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.
DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E,B-6,dan evening primrose oil
p/s : Untuk hindari makanan berlemak dan bergoreng sgt sukar, tp no 2,3,4 ok jek. Yang no 5 memang sedang diamalkan…

sekian....

Wednesday, February 1, 2012

Wordless Wednesday # Apa yang cube disampaikan.

assalamualaikum wbt
(tak jawab dosa kalau jawab sayang)






hello peeps


untuk sekian kalinya aku membuat Wordless wednesday..ntah kenapa ntah tetibe nak buat..tungau angau kot!


wawawawa=0




ceterangkan sikit..apa yang cuba disampaikan oleh gambar ini..haha!

sekian>.

Monday, January 30, 2012

Sibok hal orang lain tapi diri terbengkalai..DAMN!

assalamualaikum wbt
(tak jawab dosa kalau jawab sayang)






hello peeps!




Now ramai sangat orang yang busy body yang tak bertempat..kekadang rasa macam bangang juga orang macam nie..sometime kita boleh terima dengan apa yang dia cakap sometime tidak..


Kenapa nak bahaskan orang yang dah berjaya..dan dah mencipta nama?.ini lah manusia yang tak habis-habis nak menjatuhkan orang lain..yang berhati busuk..orang tuh nak berjaya apa semua..biarlah dia dah berjaya..tapi kenapa kau nak sibuk-sibuk nak kutuk-kutuk orang tak tentu hala macam orang gila??


WHY!!


hellooo! come onlah..masing-masing ada otak yang waras..kau kutuk orang tuh,tapi ko masih terumbang-ambing..kerja ntah belum tentu ada lagi..dah nak menjaje-jaje cerita yang tak masuk akal..ape seyhh kau??


Orang melayu memang suka menjatuhkan kaum sendiri ke? 


Now macam-macam isu yang aku rasa..macam bodoh jerk semuanya..buat apa nak amik hal orang lain kalau diri itu tak betol! sempurnakan diri dulu barulah nak mengutuk ker hape ker?


Kekadang nasihat yang disampaikan itu tidak sepadan dengan apa yang dibuat..
layan gambar--->
_________________________________________________________________








so,masing-masing tak perlu nak menghina orang lain atau memaki orang lain macam orang kehilangan!..no need..just ignore..kalau perlu,baru ambil perhatian..tak mendatangkan paedah pun dok kutuk-kutuk orang..


biar dengan hidup orang tuh..kalau kau jealous dia kaya-raya..napa kau tak berusaha untuk jadi macam dia..As islamic people,hormat orang lain untuk kepentingan diri kita sendiri..kalau diri tak pernah nak berubah untuk hormat orang lain..siape lagi??




just bagi sedikit nasihat..kalau baik boleh ambil..kalau ada yang jahat jadikan ianya teladan..


#entry emosi..haha!


Sekian..

Saturday, January 28, 2012

Percutian part1: Makan-makan dan bermain hujan..wawawa~

assalamualaikum wbt
(tak jawab dosa kalau jawab sayang=)






hello peeps!








sebelom aku start enjin..baik aku bagitahu..entry ini penuh dengan gambar kot! agak-agak nak muntah..tolong jangan kat sini..nanti berbau..haha!


layan gambar and then aku explain satu persatu..demi menuruti citarasa pelanggan yang setia..hehe! baik bukan aku..okay fine..aku tahu itu..=)


first...BANJIR




ini adalah banjir ye anak-anak..tapi banjirnya tak adalah teruk mana pun
but..akibat tak pernah tengok air sebanyak itu aku pun menyibukkan dirilah
nak bermain air..haha!

kau tengok nie? ntah anak sapelah..jakun betol..haha!
ok..pembetulan,aku bukan saje-saje nak main air itu okey!
but,aku follow my brother pergi hantar makanan dekat rumah jiran depan rumah..
so,alang-alang dah kena hujan..apa salahnya terus main air..huahua..



okay!habis topik banjir..next topik muke surat 65..bab ke seratus duapuluh!

Jejalan sambil memenuhkan perut yang sedang keroncong dek tidak makan dari pagi hingga tengah hari...

first! kenape tajuk panjang sangat..ekh? memang stail lah tajuk panjang-panjang
sekarang nie..huahua..ini aku bergambar di restoran terapung di SIM-SIM
sandakan sabah..siape yang pernah pergi tahula kot..

nampak! muke teruja bila nampak makanan melambak diatas meja..
haha! meja tuh sepatutnya untuk tujuh ke lapan orang yang makan
tapi kiteorang telah menguasainya dengan hanya empat orang saja duduk
dimeja sebesar itu..huahua! gelak lagi..macam VVIP..hehe!

model iklan ketayak a.k.a ketiak..
treet mark! 'ketiak berbau badan busuk' hancing..haha!

that is my sister-in-law with her husband..paling banyak makan..haha!
gelak lagi..

my beloved mum and my sister-in-law again..peace=)


ape kebenda alah ini?? sebenarnya kengkawan..ini adalah kolam yang
menempatkan banyak giler lobster yang besar-besar..
tapi  sayang..tak nampak pulak..lobsternya malu-malu biawak..

ada kuis untuk anda..ada berapa ekorkah lobster didalam kolam
yang tak berapa nak kolam itu??

hadiah menarik menanti pemenang..haha!cepatlah kira....
tak nak ker hadiah percutian..ke afrika utara dan selatan..timur serta jugak barat..haha!

ini adalah sesi melihat awan nano yang sangat cantik
sehinggakan leka ada orang amik gambar rupenya?opps!
*padehal memang [poss]


so,kepada mereka yang belom sampai lagi ke sandakan sabah..ayuh kite bercuti bersama-sama...syokk makan..ada macam-macam jenis makanan kat sini..


oh..lupa nak bacakan menu yang aku makan tadi..
satu..
*siakap masak goreng kicap


dua..
*sotong goreng tepung


tiga
*sayur ntah ape nama masak ntah ape! but sedap woo


empat
*udang masak sambal kott..tapi sebenarnya masak apetah tak ingat gue


lima
*sup pelik..first makan dah nak muntah..tapi abang aku and akak ipar aku relax jerk makan..siap tambah lagi..citarasa lain-lain kot..


minuman
*ais lemon tea
*kelape sejuk


itu sahaja..oppss lupe! ada nasi ekh..nanti korang ingatkan aku makan macam tuh jerk..hehe..


#entry kekeluargaan..sekaligus entry promosi..hehe!aku kan promoter..


sekian

Thursday, January 26, 2012

Nak kena ROGOL?? Bacelah doa nie..

assalamualaikum wbt
(tak jawab dosa kalau jawab sayang)hehe

hello peeps!!


dekat sini aku ada tunjukkan doa bagi mengelakkan diri anda daripada kena rogol..tak kira lah pempuan ke lelaki ke?eh lelaki?? jeng,jeng..lelaki pun ada maa yang kena rogol dengan pempuan..haha! ooppps! ini pempuan napsu kuda!!




inilah doanya..~

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)
doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.
DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )





insyaAllah ianya akan berkesan jika disertakan dengan usaha unuk mengelakkan daripada kena rogol..


tapi----->>


















kalau pakai macam nie..memang tak berkesanlah doa tuh untuk anda..segalanya diri sendiri yang ubah..kalau tak diri sendiri yang ubah siapa lagi??makcik jiran sebelah rumah? dia pun tak terjage diri die inikan nak jage kau..


hopefully..ianya membantu...

#entry keagamaan sedikit hari ini..
#sumber daripada MY NewsHub..


sekian

Tuesday, January 24, 2012

Blogwalking yang gile babeng!tak suke!!

assalammualaikum wbt..
(tak jawab dosa kalau jawab sayang =)hehe


hello peeps!


dalam beberapa minggu nie aku adalah mempunyai kerajinan yang tahap maksimum untuk berjalan-jalan dari blog ke blog..sebab ape? internet aku nie laju sikit..kalau tak lembab macam siput! 


so sepanjang aku berBlogwalking nie aku perhatikan pelbagai ragam dan jenis blog yang bagi aku..errrk!












YANG PERTAMA---> lagu yang berada di blog yang menganggu..


okay! aku diantara mereka yang tak minat mendegar lagu semasa membaca..kekadang menganggu..bukan kekadang,selalu ..kalau lagu tuh slow tanggap leleh kira okay lagi..tapi kalau lagu dah macam rock kapak macam mane nak bace??


betol tak??yang lagi sedap tuh ada pulak lagu hindustan..omak aii..pening kepala..




KEDUA---> tulisan yang sukar dibaca




hah! ini lagi satu hal..bentok tulisan..menyeget sana..membengkok sini..susahlah nak baca..serius..susah tau..topik dah menarik..tapi bila nak baca..alamak tulisan..! terbantut nak baca terus tekan pangkah..






KETIGE---> short form yang memeningkan






saya tahu awak ada boyperen..tapi janganlah perkataan tuh terlalu pendek dan sukar untuk dibaca..adakah itu blog untuk kau sahaja yang baca??errkk!






KEEMPAT---> blog terlalu serabut dengan pelbagai gadjet!




sana sini ada gadjet..plus pulak dengan macam-macam..kalau letak gambar okay lah boleh aku layan gambar ini tak..macam-macam diletaknnya..pelik-pelik pulak tuh..


KEELIMA---> blog sukar dibuka a.k.a berat macam 80tan!












so inilah antara yang aku rasa errrkk! tak suka bila nak blogwalking..bagi aku lagi simple lagi bagus kot..sebab memudahkan orang untuk membaca..kita as a blogger memudahkan orang untuk bukak blog kite bukannya menyusahkan..that my opinion..


sekadar bagi pendapat dengan ape yang aku dapat untuk beri pendapat kepada mereka yang dapat?? errkk!!=)


kalau ada rasa aku nie terbajet ker ape..i'm so sorry ye..bagi pendapat..tak salahkan kawan-kawan..alalalala tomei-tomei..hehe!


#entry yang mengong


sekian..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...