Thursday, October 27, 2011

soalan - soalan

assalamualaikum..


semalam aku bukak blog buruk aku ini,tiba-tiba aku terbaca ada seorang nie
letak link dekat my chat box..nur aisyah namanya..then dia tagged nama
aku untuk jawab soalan apa ntahh..aku pun tak berapa tahu..ok.
ini hah! budaknya..hehe

so,let answer apa soalan yang diajukan kepada aku..konon-konon macam retis lah
aku nie kan.~


sebelum itu dia suruh terangkan 11 THING ABOUT MYSELF..


*full name muhammad zakirul bin ab rahim
*hobby surfing internet and reading book..(kalau rajin)
*simple person..but sometimes agak cerewet..
*lahir di HSAJB..(hospital sutanah aminah Johor Bahru)
*suka fashion..walaupun kadang-kadang aku macam orang sakai..hehe
*suka kucing
*suka awex-awex cantik..oppss!haha
*suka belajar berbanding bekerja..
*suka berkawan..
*pemalas..tapi 99% rajin..huhu..so 1% jerk malas okkayy~!
*suka travell! best giler!!..


so sekarang jawab soalan daripada blogger NUR AISYAH>>


1: suka makan ape?
=simple question,aku suke makan makanan yang dimasak oleh mak aku!
tapi most like adalah maggi! haha..


2:ada bf/gf tak? dan alasan kenapa pilih dia..
=bf mean(kawan lelaki) gf mean(kawan perempuan) so ramai gilaaa..
kenapa pilih dia orang semua..sebab diaorang gilaaa dan cool..that alls..
tak boleh puji lebih2..


3:siapa siti nuraisyah pada aku??
=wanita yang comel,selalu blog walking,rajin komen blog aku..walaupun
aku jarang komen blog die,aku just silent reader,and then baik dan best! coollll~tak bisa memuji banyak-banyak..nanti kembang semangkuk..hehe=)


4:tarikh lahir?
=11.12.1994..mesti ingat..tarikh kemarat tuh uolls!..haha..


5:tempat idaman yang ingin aku pergi?
=selepas aku pergi menunaikan haji olok-olok hari itu,so hati aku terbuka
untuk pergi Mekkah..seriusly nak pergi..anybody want to support me?hehe


6:peminat warna ape?
=suke hijau biru dan warna yang smooth..dan warna terbaru yang aku minat
purple! 


7:pengalaman manis yang pernah aku alami?
=terlalu banyak..dan antaranya ialah dapat menjawab soalan dari siti nuraisyah!haha..


8:target dalam hidup?
=nak berjaya,dan berjaya dan berjaya..not less then that!


9:lebih kepada fb ker twitter?kenapa?
=more to fb,sebab fb lebih ramai kenalan then twitter..lagipun twitter susah..tak faham..haha..twitter aku dah berabuk plus dan usang..


10:bila mula blogging?kenapa?
=tahun lepas dalam bulan 10 tak silap aku..tapi yang penting hujung tahun lepas lah..kalu tak bulan 10,bulan 11..kenape?sebab ikut kawan-kawan..cehh!
lagi satu saja nak cuba sesuatu yang baru,yang tak pernah aku buat sebelum
ini..


last question!
11:benda yang boleh buatkan aku hilangkan stress?
=fuhh! apa lagi..tidurlah..itulah cara yang teramat baik untuk aku hilangkan
stress..kalu tak pun makan! haha..that allss..


sekian...
tak dapat nak tagged..busy sangat sekarang..sorry..
agak-agak kalau jawapan lari dari soalan faham-fahamlah yer,
aku memang biol sikit sekarang..haha..! then..thank you to aisyah
sebab tagged my name..! kredit untuk kamu..=)





Wednesday, October 19, 2011

aku jumpa orang terkenal..! bangge.

assalammualaikum..


hello hum?hehe..hum tuh ape? hum tuh,human..haha! gedikkan..lantak situ..


okay,cerita nie agak dah berkulat jugaklah sebab apa yang aku nak cerita nie terjadi pada hari sabtu minggu lepas.!kalau nasi goreng memang dah lama
basi,yer dak? okay! siapa yang tak minat cerita basi korang boleh tekan 
pangkah di sebelah atas komputer anda..oppss!


anda kenal wanita ini?


tahu ini buku ape?buku teks sejarah daa..
tingkatan lima..
buat pengetahuan anda sekalian umat..hehe! perempuan hebat di atas tadi
ialah Professor Datuk Dr. Ramlah binti Adam merupakan penulis buku teks sejarah form 5..dan dia juga merupakan sejarahwati negara..aii?macam pelik jerk kan serajahwati..yela diakan perempuan..hehe..dia seorang yang sangat
hebat dan sangat kagum melihatnya..

sedikit info mengenainya..
Prof Datuk Dr Ramlah Adam merupakan bekas profesor di Universiti Malaya. Kemudian dilantik menjadi Rektor Kolej Yayasan Melaka(2006-2009).
siapa yang pernah menduduki tingkatan 5,dia kenalah wanita hebat
ini,then siapa yang tak tahu,dia tak suka buka buku sejarah lettew!

dia datang ke tempat aku sebab ada satu majlis sempena bulan kebangsaan,
mula-mula aku tak kenal pun siapa dia nie,tapi bila pengacara majlis cakap yang dia ini merupakan penulis buku teks sejarah tingkatan 5 baru aku kenal,semasa majlis tersebut ada lagi tokoh-tokoh negara yang hadir,seperti Prof Dr Awang Sariya. etc..padahal ada 2 orang tokoh sahaja..hehe..

after selesai semua dalam jam 12 lebih kitaorang pulang then sambut birthday kawan aku! pewh! best giler..



amek kau! putih satu badan dek tepung satu kilo! haha..kesian kamu saiful
nizam..tahun lepas kena tepung+telur, tahun nie,bajet kurang sikit.tepung
satu kilo jadi lah kan..mula-mula manusia biasa tiba-tiba jadi albino pulak
putih satu badan! haha..by the way..best-best kenakan ko..padan muka!
puas aku..haha~(ketawe jahat)


ini gambar semasa semarak bahasa dan sastera.


me and hakimi..one of my enemy..haha
tak adalah..he was only one close to me..awesome!
selalu cari pasal bersama..berantakkan always!hehe

kononlahkan nak jadi penceramah macam ramlah adam
tapi bila jumpa orang sikit dah malu..sedeyh!!haha

adi,shahiful and me..muka semua macam
nak kena siku..haha!

that all guys!..
sekian.~


have a nice day..and have a nice life..

Sunday, October 16, 2011

Filem Malaysia tak diminati? betul KER??

assalamualaikum,


selamat sejahtera kepada non muslim.not all my reader muslimkan..
ceh..belagak lah tuh konon ada reader non muslim..meyampah mak!


ok! start.. Filem malaysia semakin melalut-lalut? Setuju..ok..
sebab nya..


1: banyak unsur lucah..



tak tahula kenapa? ada unsur-unsur lucah yang dimasukkan
kedalam filem-filem melayu? patut ker?aku rasa langsung tak patut
sebab filem itu adalah untuk tontonan ramai..so amat tidak sesuai.
aku rasa,kalau tak letak unsur lucah dalam filem tak bermakna menjatuhkan
standard filem tersebut..bagaimana kalau filem itu ditonton oleh orang-
orang tua.kan ker tidak elok begitu..itu kira okay lagi,tapi bila kanak-kanak yang melihatnya..tak ker menjadi ikutan..so..benda lucah tak semestinya
menarik minat orang ramai untuk melihatnya..believe me!


2:jalan cerita yang mengarut.






ini satu lagi hal..yes,kadang kadang ada filem yang okay..yang bila
kita baca sahaja sinopsis dia terus kita rasa..wow! mesti tengok..
ini bila kita baca sinopsis jerk dah meluat inikan nak pergi panggung
untuk beli tiket..memang tak lahkan..jalan cerita yang bagus memberi
impaks kepada penonton untuk menonton di pawagam mahupun membeli
CD @ VCD yang original cerita tersebut..barulah jadi box office..tapi sekarang
semuanya merepek..


3:moral value.


perasan tak,semakin lama semakin kurang para pembikin filem menerapkan
nilai-nilai murni di dalam karya mereka? kenapa yer? kenapa? nak 
mengejar populariti sampai lupakan mesej yang hendak disampaikan..
tak guna buat filem berjuta-juta, last-last..tak ada beri nilai positif
sesen pun kepada penonton..yang ada hanyalah ikutan negatif sahaja..
contohnya..macam filem-filem aksi..ada ker orang nak ambil ikhtibar dari
filem tersebut..ada ker? mungkin ada,tapi bilangannya sedikit..so..
pikir sendiri..


4:pelakon yang kaku




pelakon yang kaku jugak,kadang-kadang menjadi menyampah untuk
orang tengok..menjadi bosan,rasa tak best dan tak ada feel langsung.
jalan cerita dah baik punyalahkan tapi bila part pelakon aduh!
spoil lah..that why kenapa filem melayu kurang diminati..




tapii..aku peminat setia cerita melayu..even kadang-kadang naik
hangin satu badan kanapa cerita melayu semakin terikut-ikut dengan
filem luar negara..tapi still support..kalau tak kita support our local
industri filem siapa lagi..yer dak..


sekian..~

Saturday, October 15, 2011

perempan ayu tapi tak cantik bila..

assalamualaikum..


hello guys! si cantik si kacak si handsome and si comel..huh! apa yang buat
kita rasa perempuan tuh nampak tak cantik?


1:ribaldry




yupp! memang kita akui sekarang perempuan melayu dah macam-macam
perangai..setuju? tak caya? pergilah buat kajian..tak payah nak pergi jauhlah
ko tengok rakan-rakan ko.konfirm ada perangai yang macam nie..
wahai perempuan..kamu tahu tak? lelaki tak suka kamu bercakap begitu.
kamu itu perempuan..so jaga adab sebagai perempuan..buruk tahu!


2:tak menutup aurat
wanita tak tutup aurat?erm..tak tahu nak cakap apa..kadang-kadang malu
jugak tengok anak melayu pakai skirt pergi jalan-jalan naik motor,pakai
baju nampak bra,pakai seluar macam pembalut nangka.ketat!tak pakai
tudung..apa ekh?kesian tau mak bapak korang yang telah membesarkan
korang tup,tup jadi macam nie,agak tidak cantik di mata sesetengah lelaki..
lagipun,tak elok dipandang masyarakat..nanti mulalah cik jah bergossip..
'anak siapa lah tuh yang jalan pakai skirt'?


3:social girl.



zaman semakin modern..dunia semakin maju,otak manusia semakin
berkembangan,so,tidak hairan jika sekarang ini berlakunya perbuatan social
dikalangan wanita..lelaki suka ker perempuan macam nie? ada certain
lelaki suka perempuan macam nie,mereka kata baru cool perempuan macam
nie,boleh layann kepala otak...tapi pada aku tidak!apa faedah perempuan
pergi club?untuk suka-suka? nape duduk kat rumah tak boleh nak
suka-suka ker? kan banyak tempat tempat yang jauh lagi menarik berbanding
tempat itu..so pikirkan..

4:women polluter

haha..nak tergelak aku tengok gambar nie..huh! ada jugak ek perempuan
macam nie..coverlah sikitkan kalau nak mengkorek-korek tuh..dekat tempat 
orang awam tuh..lainlah kalau kat tempat lain..dengan perbuatan sebegini
kalau lelaki tengok,konfirm jatuh persen ko beb..tak kiralah ko secantik
mana sekali pun,tapi bila ko melakukan ini dihalayak ramai..agak memburukkan muka ko yang cantik tuh,,so,cover sikit..

wanita idaman lelaki:

macam ginilah wanita idaman melaya..menutup aurat,sopan..berbudi
bahasa..lemah lembut..

so,anda bagaimana? ada cadangan lain? sila lah tambah sendiri okay!

sekian..
bebelan khidmat:setiap orang lain pendapat lain cita rasa..ini apa yang aku lontarkan adalah pendapat aku sendiri...

Wednesday, October 12, 2011

back to zaman kanak-kanak..betol ke??

assalammualaikum..




sejak dah dewasa nie,dewasa ker??he~memang semua orang akan melupakan permainan semasa zaman kanak-kanak mereka..dengan alasan,eh! dah besar lah..tak mainlah main baling selipar,rondes(main sofball lah).dan macam2 lagi..sekarang dah modern,so mainlah facebook,angry bird,dota..lagi best!
tol tak?


yess..memang tak dapat menafikan bahawa permainan modern zaman sekarang nie,memang banyak giler!merata tempat ada..so,bila kita telah dihantui dengan permainan modern,so permainan tradisional pun makin dilupakan..


pengalaman: tadi main rondes dengan kawan kawan..rasa sangat-sangat
penat dan tired! haha..sama jerk kan..dah hampir 5 tahun aku tak main 
permainan nie,tapi hari ini aku kembali kepada zaman aku kecil-kecil dahulu
memang best,seronok,fun and funny! 


sekarang seluruh badan sakit..amek koh! mane tak nya..tak buat warming up
tiba-tiba terus main..sakit satu badan mak jah!..elakkan esok tak sekolah jerk kan..ermm..

sekian..
bebelan khidmat:pernah main permainan diatas? share citer..
ayat terabur! otak dah masuk air,,hehe

Friday, October 7, 2011

sibuk seperti perdana menteri.

assalamualikum..


'sangat penat,sangat letih,sangat tidak bertenaga,dan
sangat-sangat stress'..


why? erm..candidates SPM mesti akan merasa benda yang
sama macam aku rasa sekarang ini..SPM tinggal lagi 1 bulan sahaja..
bak kata cikgu-cikgu aku dah nyawa-nyawa ikan dah sekarang nie..
yeess! tak dapat dinafikan memang sekarang ini sangat-sangat
kritikal..


cuba bayangkan dalam masa 1 bulan nak cover 10 subjek yang aku amik..
tak ker mati nak cover..so,akibatnya rasa sangat-sangat letih..
memang dah nak akhir-akhir ini aku tak cukup tidur,tak cukup
makan..opps! hehe..tapi badan tetap gemuk jugak kan..~hehe


setiap hari yang selalu menemani aku adalah buku,dan buku dan buku..
24 hoursss!dah setiap hari jugak jadual aku dipenuhi dengan
kepadatan tuisyen petang diikuti dengan study group pada waktu
malam dengan kengkawan..penatt makk nyah! tak boleh nak bernafas
dah nie..rasa macam perdana menteri pun ada jugak kengkadang..


yuup! itulah namanya pengorbanan atau bahasa melayunya sacrifice..
untuk berjaya kita mesti berkorban masa,waktu tidur,waktu makan,
dan waktu keluar bersama rakan-rakan..tak lama pun nak berkorban
untuk berjaya nie,cuma 1 bulan sahaja..


aku masih ingat lagi kata-kata pengetua aku semasa sesi beramah
mesra dengan beliau hari itu..pengorbanan 1 bulan menghasilkan
kesenangan 50 tahun akan datang.. nak susah 1 bulan ker?
nak susah 50 tahun? yupp! aku masih ingat lagi kata-katanya..


so,study smart dan jangan lupa tuhan yang menentukan segala-galanya.
kalau lupa Allah s.w.t..memang tak kemana lah kita..


sekian.~


bebelan khidmat: macam mana anda?

Sunday, October 2, 2011

Amali haji yang ke 2..

assalamualaikum..


hello peeps! tetibe hellokan..gediklah ko!




semalam sedikit sebanyak aku telah story morry dekat korang apa yang berlaku
semasa aku menunaikan haji olok-olok?tahu olok-olok tuh ape?
olok-olok tuh maksudnye tipu..aku tak tahu asal usul perkataan tuh,
yang aku tahu,aku dah guna perkataan tuh semasa zaman-zaman hingusan lagi.
tapi sekarang dah jarang guna..why??zaman dah modern so guna bahasa
modern..oppss! abaikan okays!


now guyss~ kite layan gambar jerk okkaaayySS..






ini masa mula-mula memakai ihram before bertolak ker tempat kejadian..
sementara menunggu bas datang kitaorang apa lagi,snap-snap gambar ar..
ko nampak tak kami semua masa tuh kelihatan seksi yuuu...


pengalaman pertama memakai ihram dalam seumur hidup..dan kali pertama
memakai pakaian tanpa memakai seluar kecik didalam..yela,kalau nak
pergi haji mana boleh memakai pakaian yang bersarung...yer dak..


masa ini tengah wukuf di arafah..pewwh! masa nie,panas dowhh!
rasa macam sate kena panggang jerk tahu..memang masa tuh dah tak pikir
apa ar..memang pikir dalam kepala otak..bila lah nak habis! haha..buruk
perangai...


ini adalah guru-guru kami dan ustazah kami..yang perempuan 2 kat atas nie
ustazah kami, yang lelaki tuh,bukan ustaz okays..dia guru PJ..tapi dia join
jugak kita orang..die juga merupakan ketua kami..hebat cikgu!tahniah2..


polis trafik! polis nie bertugas semasa kami semua hendak bergerak ke satu 
tempat nie untuk melakukan tawaf..kalau tak ada abang polis trafik nie..
tak tahu lah den nak cakap apa..sebab masa tuh sangat-sangat busy..
mana tak nya 15 buah bas..kalau tak dikawal oleh polis trafik tak ker jam
jalan raya..by the way thank you polis!! tak lupa juga untuk kakak-kakak
RELA dan abang-abang POLIS..mengawal lalu lintas yang sangat cemerlang..
then lepas selesai semua kami makan tengahari..nampak tak kat atas nie
bertapa hausnya kami..tak cukup sebotol tahu air..kena satu kotak baru
hilang haus.haha..selepas semua selesai makan,terus tukar pakai 
seragam sekolah then sembahyang zohor..
lepas solat uapacara penyampaian hadiah dan bersurai...


sekian..


bebelan khidmat:rasa sangat teruja dan bangga dapat menyertai program sebegini..happy dowwhh!

aku dah pergi haji 2 kali...korang bila lagi?

assalamualaikum..


haji? rukun islam yang ke lima buat umat islam..dan wajib
kepada mereka yang mampu dan sihat tubuh badan..


aku tahu sekarang sedang musim haji bukan?so semua orang berpusu-pusu
untuk menunaikan haji, tak ketinggalan jugak buat aku dan rakan-rakan
aku, tapi kami semua bukan menunaikan haji yang kat mekkah tuh!
kitaorang menunaikan haji dekat kulai jerkk!


PPD kulaijaya,johor bahru telah mengadakan satu program yang dinamakan
Program Amali Haji Perdana yang disertai oleh seluruh sekolah yang
berada di daerah kulaijaya! so,bila sahaja cakap daerah kulaijaya
sudah semestinya sekolah aku pun join sekali lah program ini,


actually benda alah ini pertandingan rupanya,so bila dilabelkan
sebagai pertandingan sudah tentu kita kena buat latihan 
dan buat persediaan yang rapi lagi rapat! haha,tak ada kena mengena!


pada minggu ini sahaja aku hampir mis 4 hari belajar untuk membuat
latihan dekat sekolah,woow! lame tuh,dah lah nak SPMkan..so
now hasilnya...alhamdullilah sekolah aku SMK Seri Pinang telah
berjaya mendapat top 5 antara 15 ker 16 tak sure buah sekolah,
dan lebih gembira lagi antara top 5 tuh nama sekolah aku disebut dahulu,


so,sangat-sangat happy kerana penat lelah kami berlatih selama 4
hari dibawah cahaya matahari yang mencanang di atas kepala bersama
ihram berhasil dengan kejayaan..Alhamdulillah tuhan bagi rezeki..
now call me "HAJI ZAKIRUL"


update dah pagi-pagi macam nie,so ayat tunggang langgang..
esok insyaAllah aku show kan gambar-gambar yang aku snap-snap
semasa Program Amali Haji Perdana! okkaaayyss!..


sample kain ihram,,kainnya tebal..
cuba ko bayangkan memakai kain tebal
macam selimut berdiri dibawah cahaya matahari
tak macam berkuah pulakkan..!
sekian..


Bebelan khidmat:kepala pening plus penat plus happy!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...