Wednesday, July 25, 2012

Info 3: Persoalan Lazim Semasa berpuasa

assalammualaikum












layan bermimpi bersama bidadari dari kayangan
aaauuuuwwwrrrrgghhhhh,,




1 Adakah mimpi sehingga keluar air mani membatalkan puasa? 


Hadas besar yang disebabkan mimpi tidak membatalkan puasa, sama ada ianya 
berlaku sebelum atau selepas waktu sahur. Orang yang berhadas tersebut boleh 
meneruskan puasanya. Yang perlu hanyalah mandi junub. 

2 Saya telah bermimpi sehingga mengeluarkan mani pada siang 
hari bulan Ramadan, kemudian saya mandi junub. Adakah mandi 
junub tersebut membatalkan puasa saya? 


Bermimpi sehingga mengeluarkan mani dan mandi junub tidak membatalkan 
puasa. Malahan, sekiranya termasuk air ke dalam telinga atau tertelan air 
ketika berkumur-kumur (sewaktu mengambil wuduk atau mandi) puasa tidak 
terbatal kerana ia dikira tidak sengaja. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengampuni umatku yang tersilap, terlupa 
atau dipaksa melakukan sesuatu.” (Riwayat At-Tabarani) 




krooggghhhkkkkk,,,krooooggggghhhhhkkkkk
last sekali...hakk Tuiihhhh!!! HAHA





3 Ada yang mengatakan berkumur-kumur dan memasukkan air 
ke dalam hidung menjejaskan puasa seseorang. Sejauh manakah 
kebenaran pendapat ini? 


Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk adalah 
sunat. Bagi orang yang berpuasa pula, maka tidak boleh berkumur-kumur dan 
memasukkan air ke dalam hidung dengan berlebihan. Sekiranya seseorang 
berwuduk dengan tidak kelebihan dan air itu termasuk ke dalam kerongkong, 
maka puasanya tetap sah. (Sila rujuk soalan 2). Samalah keadaannya jika 
dimasuki debu jalanan, debu tepung atau lalat yang terbang masuk ke dalam 
kerongkong. Semua ini dimaafkan kerana tidak sengaja. Namun, jika seseorang 
berkumur-kumur dengan berlebihan, ia boleh menyebabkan air masuk ke dalam 
kerongkong, dan jika ini berlaku, maka puasanya batal. 




proootttt..oppsss!
tertentut laaa..hiks3





4 Adakah seseorang yang sedang berpuasa itu boleh melakukan 
sukan renang? 


Berenang boleh menyebabkan masuknya air ke dalam hidung dan/atau telinga 
perenang. Jika air memasuki badan cara sedemikian,  adalah batal puasa 
seseorang. Dengan ini, sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berpuasa 
dinasihatkan agar tidak berenang di siang hari Ramadan untuk mengelakkan 
dari terbatalnya puasa. (Sila rujuk soalan 3) 




haaaa~,,,semputttt darlingt..



5 Apakah hukum menggunakan inhaler (bagi pesakit  semput) 
ketika berpuasa? 


Antara perkara yang membatalkan puasa ialah kemasukan sesuatu ke dalam 
badan melalui rongga yang terbuka. Namun, kemasukan seuatu bahan seperti 
ubat inhaler di atas dasar darurat, yang berkaitan dengan kesukaran bernafas, 
dibolehkan syara’. Oleh yang demikian, penggunaan inhaler yang berpatutan 
tidak membatalkan puasa. 






inject insulin..



6 Adakah suntikan “insulin” membatalkan puasa? 


Suntikan insulin bagi pesakit kencing manis tidak membatalkan puasa. Ini 
adalah kerana suntikan tersebut bukanlah melalui rongga yang terbuka dan 
tidak pula memberi sebarang kekenyangan atau kepuasan kepada si pesakit




banyaknye jongkong mas..berseri-seri =DD




7 Saya pernah terdengar bahawa jikalau seseorang  itu 
berpuasa, dia dilarang ‘membersihkan’ telinga atau  hidungnya. 
Samada menggunakan cotton bud ataupun jari. Kerana perbuatan 
itu akan membatalkan puasanya. Adakah benar? 


Di antara sebab batal puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga 
badan yang terbuka dengan sengaja. Membersihkan telinga atau hidung tidak 
semestinya membatalkan puasa. Ia dibolehkan dengan  kadar yang sederhana 
dan berhati-hati. Contohnya, membersihkan telinga di kawasan yang tidak 
terlalu dalam. Namun, jika anda merasa ragu-ragu sekiranya perbuatan anda 
boleh membatalkan puasa, maka jangan lakukan dan bersihkanlah telinga dan 
hidung di waktu malam. 












8 Adakah boleh saya menderma darah sewaktu berpuasa? 


Menderma darah di dalam kuantiti yang sederhana dibolehkan dan tidak 
membatalkan puasa. Namun, pendermaan yang terlalu banyak sehingga 
menyebabkan kelemahan pada tubuh badan, sehingga tidak dapat menjalani 
ibadat puasa dengan baik, tidak digalakkan sama sekali



soalan anda semua telah terjawab bukan?? so Selamat Berpuasa*ucapan kali ke seribu satu kali.. =p




sekian

Sunday, July 22, 2012

Info 2: Perkara Sunat, Makruh dan Yang Membatalkan Puasa

assalammualaikum










 Perkara Sunat, Makruh dan Yang Membatalkan Puasa

Ø      Perkara-perkara sunat puasa:
a)      membanyakkan membaca al-Quran
b)      mandi junub sebelum fajar
c)      melewatkan sahur waktu imsak
d)      berbuka dengan buah tamar dan benda manis
e)      membanyakkan sedekah
f)        solat terawih
g)      segera berbuka bila masuk waktu

Ø      Perkara-perkara makruh puasa
a)      berkumur-kumur dengan keterlaluan
b)      merasa makanan dengan lidah
c)      bercakap perkara-perkara buruk dan keji
d)      memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
e)      gosok gigi setelah gelincir matahari
f)        mencium isteri
g)      menderma darah

Ø      Perkara-perkara yang membatalkan puasa:
a)      makan dan minum dengan sengaja
b)      mengeluarkan air mani dengan sengaja
c)      haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
d)      muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
e)      melakukan persetubuhan
f)        gila walaupun sebentar
g)      murtad
h)      berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib

Ø      Perkara yang tidak membatalkan puasa:
a)      Menelan air liur yang bersih dan bagi orang yang selalu berdarah gusinya adalah dimaafkan.
b)      Bersuntik
c)      Tidur walaupun sepanjang hari
d)      Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga
e)      Tertelan air yang dikumur tanpa sengaja









Ø      Hari-hari sunat puasa:
a)      pada 9 Zulhijjah (hari Arafah)
b)      pada 9 Muharram (hari Tasu’a)
c)      pada 10 Muharram (hari Asyura)
d)      6 hari pada bulan Syawal
e)      Hari Isnin dan Khamis





sekian

Saturday, July 21, 2012

Info 1: Niat Puasa,Doa Berbuka,Kelebihan Bulan Ramadhan.


assalammualaikum




YEEEHAAAAA~
ternyata pertanyaan sebelum ini "bila laa nak puasa"? bila laa nak puasa"? 
sudah terjawab kini..


gua tahu,luorang semua majoritinye mesti dah lupe niat puasa,doa berbuka ?kan?kan? alaa mengaku je la..well..setahun sekali jee..that why lupe right?


nah aku bagi niat puasa untuk sebulan dan untuk esok hari..





next..doa ini yang gua nanti-nantikan..sebab tak sabo nak makan..melantak makanan sampai nak pecah perut *tolong jangan ikut..perangai buruk!! HAHA


nie hah Mak Jem bagi doa berbuka..*bile berbuka jangan lupe bagi Mak Jem lauk pauk sedikit yee..HAKHAKSS



Doa Berbuka Puasa


Doa semasa buka puasa
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.






Doa selepas Berbuka Puasa

Doa selepas selesai berbuka puasa
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.





Antara kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang umumnya diketahui :
  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.
  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.
  • Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.



so How? YOU GET SOME KNOWLEDGE right? well,mase bulan ramadhan inilaa untuk kita kutip seberapa banyak pahala yang mampu kita kutip,


seperti dalam entri gua yang sebelum nie,jadikanlah bulan ramadhan tahun ini sebagai bulan ramadhan yang terakhir buat kita..


renung-renungkan dan selamat beramaaallll~



sekian

Thursday, July 19, 2012

Tips terakhir sebelum bulan Puasa..rugi tak tengok..

assalammualaikum




ya habibi ya maulana..gosok gigi guna spana..*gurau kasar..


*tajuk gua macam mintak simpati "word (rugi tak tengok)" taktik kotor..abaikan..WAHAAAA~




lagi sekali,gua selaku professor tips akan beri tips lagi kepada anda!! yeahhh!! suka tak ?? gedik nak mampos..okay,gua tahu ramadhan dah dekat bebeno,lagi 1hari sahaja lagi..so ini tips-tips sebelum menjelang bulan ramadhan..


take note please..!


turn mood to vangang-vangang..haha!








1)makan sepuas-puasnya..stok untuk 1bulan.. !


well,inilaa masenya untuk kita makan sepuas-puasnya..sehingga pecah perut luorang,sebab gua tahu nanti time puasa confirm luorang semua mengidam macam-macam laa..biawak goreng,tenuk sup..even tengok adik minum susu pun
dah kecur..


ini gara-gara nafsu nak makan melampaui nafsu ibadah..haha! boleh gitu ker jah??






2)koreklaa ape yang patut dikorek (18SX).. !


yess!! masa inilaaa untuk membuat kerja korek mengorek..nanti time puasa waktu malam jee boleh korek..time siang konfirm taik hidung bersepah..selekeh sioott..HAHA


tapi sekarang dah trend hingus meleleh..sweet gituu..watdepak!! haha




3)main laa sepuas hati (18SX).. !




main puas-puas sehingga tak puas..pewhhh ayat gua..haha






4)call Pakwey@Makwey selama mungkin..!




inilah kali terakhirnya untuk call pakwe@makwe yang luorang cintai bagai..sebab lepas nie sure mereka busy buat kerja amal, etc..jangan pelik bile pakwe@makwe luorang semua berubah tetiba..


dapat hidayah lettew!? hehe..alhamdulillah






5)kumpul duit untuk pergi ke bazar.. !


gua tahu luorang semua mesti selera macam-macam time puasa nie,so bile nak pergi bayar mesti kena bawak duit  banyak,jadi simpan duit,sebab luorang kan nak beli yang bukan-bukan..*sama laa macam gua..


azam puasa kali ini..make sure at least gua dapat pergi bazar ramadhan sekali..HAHA


####################################################




so..seperti biase..SELAMAT BERPUASA..puasa penuh gua bagi hadiah..


hadiah ape??hadiah kiss!! pewhhh! sweetkan gua...watdepak lagi sekali..haha
bytheway..semoge ramadhan ini lebih bermakna dan lebih membuat amal-amal yang baik-baik..jadikanlaa ramadhan kali ini sebagai ramadhan kali terakhir buat kita..


yang dah tue bangke malu laa kalau tak puasakan..!!



sekian

Friday, July 13, 2012

Tips nak Mengorat awekkss!! More than one..!!

assalammulaikum






Julung-julung kalinya gua bagi luorang semua Tips..lebih mengembirakan tips mengorat awekkSSS!! ohsammm! lu ingat gua nie tak pandai bagi tips ape??
luorang silap laaa..gua laa raja bagi tips di afrika barat..? ade ker? buat-buat ade sudaaa~




huahua..




straight to the point..hmmm,gua tahu semua laki-laki kat luar sana dahagakan tips gua..*ayat bajet professor ..insyaAllah dengan tips ini gua yakin luorang konfirm dapat awekss..dijamin 120% HUAHUA..*bajet hebat gua.. ade aku kesaahhh~ style doubleA auuuwww


lagi sekali..Gua bagi tipss nie?? percaye takk?? HAHA








1: Bajet pinjam telefon awek..





callerington lagu najwa Latop okay..kau mampu??
nokia baling tenok berdering lagu najwa latif..
ini gara-gara terlebih excess internet laa nie..huahua


nampak awek santik terus buat-buat talifon hilang,kemudian usha awek nak pinjam talifon..apekah? HAHA kreatif bukan idea gua?? tepuk tangan..sweet okay kalau buat macam nie..





2: Sifat gentleman mesti tinggi


janda bergetah ea??


gentleman,okay?tips yang ini jarang boleh dilakukan oleh semua lelaki,but bila korang buat konfirm sangkut,cayelaa bro..tapi jangan silap usha sudaa


silap-silap lu usha perempuan "jadian" pelesuu..haha! nasib lu laaa..auwwww








3: Mulut mesti manis,jangan mulut longkang..huahua


Mulut bangla memang manis..
jaga-jaga wahai wanita?? HAHA..




mulut luorang mesti mau manis barulaa ade ong..setiap tutur kata mesti kata-kata yang giler..giler gampang punye ayat..


sampaikan perempuan cair dengan ayat kau..tapi kalau kau usha pengkid..sampai zaman paleolitik pun tak cair..silap-silap kau yang cair..HAHA!








4: Cari awek yang sesat jalan..


rajin-rajin laa sesat..~


Tips simple,cari jee perempuan yang sesat jalan,kemudian pura-pura bagi no rumah no telefon ko..aku sure lepas nie ramai laa perempuan nak sesatkan diri mereka??


ntah-ntah nak balik rumah pun tak tahu,nak jugak mintak tolong 'abang bengkel '
tunjukkan jalan..Haha! penampo jee..

***********************************************************************************


sehingga akhir entri..


Gua bagi tipss?? percaye tak?? HAHA


sekian~

Saturday, July 7, 2012

Zaman kanak-kanak gua..Lu ada??OHSAAMM!

assalamualaikum




aggggrrrhh!tension Itali kalah...Euro 2012..!!
gua berkabung selama 5 harii..hik3




DAH!! ABAIKAN ~



zaman kanak-kanak? okay,gua tahu dah dekat 10kali gua cerita zaman kanak-kanak..anda perasan? okay tak..bagus leerrr..


zaman kanak-kanak memang walawei laa..tak boleh nak beli dekat kedai mamak zaman itu..memang indah belaka..tiada zaman yang lagi indah selain zaman kanak-kanak oucchh!! ada laa..zaman perkahwinan!! hahai..gatal bebeno




dulu gua selalu buat benda yang merepek time kanak-kanak..






1 : gua suka nyanyi kuat-kuat feeling2 artis gituuu






okay,dulu gua suke gile kot melalak dalam bilik air..sampaikan jiran gua yang ke empat puluh lapan pun boleh dengar suara gua..tapi time gua nyanyi mase tuh diaorang join jugak..wawawa .






2 : layang-layang Hidup..a.k.a pepatung hidup..*kejam !








masih segar lagi dalam kepala otak gua,bila dulu-dulu gua suka tangkap pepatung ataupun aku panggil SESIBU ..dah tangkap lepas tuh ikat bontot pepatung tuh dengan benang kemudian lepaskan dia..konon-konon layang-layang hiduplaa..watdefishh??!!


Well..gua buat kerja-kerja nie senyap-senyap jee..sebab kalau mak gua tahu konfem kena jotos bertubi-tubi..


untuk menangkap binatang nie bukan senang,gua guna getah tangkap tikus tuh kemudian letak dekat ujung lidi penyapu halakan dekat pepatung yang sedang terbang bebas..


masa kecil erti kejam terhadap binatang dah biasa dibuat oleh aku..HAHA!






Dekat SEKOLAH


3 : Tulis nama dekat papan hitam ..watdepak !!






okay,dulu masa zaman sekolah rendah,ketua kelas laa yang paling berkuasa..kirekan dia laa yang mengawal semua budak-budak dalam kelas,bila cikgu tak ada jee mesti ketua akan pergi depan,tulis nama siapa yang bising..


untuk makluman Gua pernah kena rotan dengan cikgu sebab nama gua ditulis dipapan hitam oleh ketua yang Gua anti..!pewwhh! bernanah jee kan mata gua tengok ketua kelas tuh..


effect die sampai sekarang..hua3






4 : Satay panas..! bontot panas ! tonggeng Panas!!






okay.! dulu siapa yang tonggeng ala-ala seksi gitu konfem ade manusia yang akan bukak gerai satay..sambil kipas-kipas lagi..Haha..! rasa cam vanggang jee kan..tapi itulaa hakikat masa zaman kekecik dulu..


Tapi yang penting bila gua jual satay memang LAKU..huahua ..






Hik3..segala benda nie gua buat masa zaman kanak-kanak dulu,yang gua rasa kauorang pun pernah kot melakukannyee..




5 : gua dah macam ERIC LEONG




supppprriiiiiiseeeeeeeee!!!! cak !!


BOTAKKKK!! YEAHH ! suka sangat!!








sekarang gua dah botak!! thank you cikgu..!!






sekian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...