Wednesday, July 25, 2012

Info 3: Persoalan Lazim Semasa berpuasa

assalammualaikum












layan bermimpi bersama bidadari dari kayangan
aaauuuuwwwrrrrgghhhhh,,




1 Adakah mimpi sehingga keluar air mani membatalkan puasa? 


Hadas besar yang disebabkan mimpi tidak membatalkan puasa, sama ada ianya 
berlaku sebelum atau selepas waktu sahur. Orang yang berhadas tersebut boleh 
meneruskan puasanya. Yang perlu hanyalah mandi junub. 

2 Saya telah bermimpi sehingga mengeluarkan mani pada siang 
hari bulan Ramadan, kemudian saya mandi junub. Adakah mandi 
junub tersebut membatalkan puasa saya? 


Bermimpi sehingga mengeluarkan mani dan mandi junub tidak membatalkan 
puasa. Malahan, sekiranya termasuk air ke dalam telinga atau tertelan air 
ketika berkumur-kumur (sewaktu mengambil wuduk atau mandi) puasa tidak 
terbatal kerana ia dikira tidak sengaja. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengampuni umatku yang tersilap, terlupa 
atau dipaksa melakukan sesuatu.” (Riwayat At-Tabarani) 




krooggghhhkkkkk,,,krooooggggghhhhhkkkkk
last sekali...hakk Tuiihhhh!!! HAHA





3 Ada yang mengatakan berkumur-kumur dan memasukkan air 
ke dalam hidung menjejaskan puasa seseorang. Sejauh manakah 
kebenaran pendapat ini? 


Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk adalah 
sunat. Bagi orang yang berpuasa pula, maka tidak boleh berkumur-kumur dan 
memasukkan air ke dalam hidung dengan berlebihan. Sekiranya seseorang 
berwuduk dengan tidak kelebihan dan air itu termasuk ke dalam kerongkong, 
maka puasanya tetap sah. (Sila rujuk soalan 2). Samalah keadaannya jika 
dimasuki debu jalanan, debu tepung atau lalat yang terbang masuk ke dalam 
kerongkong. Semua ini dimaafkan kerana tidak sengaja. Namun, jika seseorang 
berkumur-kumur dengan berlebihan, ia boleh menyebabkan air masuk ke dalam 
kerongkong, dan jika ini berlaku, maka puasanya batal. 




proootttt..oppsss!
tertentut laaa..hiks3





4 Adakah seseorang yang sedang berpuasa itu boleh melakukan 
sukan renang? 


Berenang boleh menyebabkan masuknya air ke dalam hidung dan/atau telinga 
perenang. Jika air memasuki badan cara sedemikian,  adalah batal puasa 
seseorang. Dengan ini, sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berpuasa 
dinasihatkan agar tidak berenang di siang hari Ramadan untuk mengelakkan 
dari terbatalnya puasa. (Sila rujuk soalan 3) 




haaaa~,,,semputttt darlingt..



5 Apakah hukum menggunakan inhaler (bagi pesakit  semput) 
ketika berpuasa? 


Antara perkara yang membatalkan puasa ialah kemasukan sesuatu ke dalam 
badan melalui rongga yang terbuka. Namun, kemasukan seuatu bahan seperti 
ubat inhaler di atas dasar darurat, yang berkaitan dengan kesukaran bernafas, 
dibolehkan syara’. Oleh yang demikian, penggunaan inhaler yang berpatutan 
tidak membatalkan puasa. 






inject insulin..



6 Adakah suntikan “insulin” membatalkan puasa? 


Suntikan insulin bagi pesakit kencing manis tidak membatalkan puasa. Ini 
adalah kerana suntikan tersebut bukanlah melalui rongga yang terbuka dan 
tidak pula memberi sebarang kekenyangan atau kepuasan kepada si pesakit




banyaknye jongkong mas..berseri-seri =DD




7 Saya pernah terdengar bahawa jikalau seseorang  itu 
berpuasa, dia dilarang ‘membersihkan’ telinga atau  hidungnya. 
Samada menggunakan cotton bud ataupun jari. Kerana perbuatan 
itu akan membatalkan puasanya. Adakah benar? 


Di antara sebab batal puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga 
badan yang terbuka dengan sengaja. Membersihkan telinga atau hidung tidak 
semestinya membatalkan puasa. Ia dibolehkan dengan  kadar yang sederhana 
dan berhati-hati. Contohnya, membersihkan telinga di kawasan yang tidak 
terlalu dalam. Namun, jika anda merasa ragu-ragu sekiranya perbuatan anda 
boleh membatalkan puasa, maka jangan lakukan dan bersihkanlah telinga dan 
hidung di waktu malam. 












8 Adakah boleh saya menderma darah sewaktu berpuasa? 


Menderma darah di dalam kuantiti yang sederhana dibolehkan dan tidak 
membatalkan puasa. Namun, pendermaan yang terlalu banyak sehingga 
menyebabkan kelemahan pada tubuh badan, sehingga tidak dapat menjalani 
ibadat puasa dengan baik, tidak digalakkan sama sekali



soalan anda semua telah terjawab bukan?? so Selamat Berpuasa*ucapan kali ke seribu satu kali.. =p




sekian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...