Tuesday, August 6, 2013

Kad raya exclusive. Haha


Assalammualaikum




Apa kejadah hareemm nya dah nak raya, ada kad raya lagi kan? postman pun dah cuti.. okay seriusleee kad raya yang guwa buat nie exclusive, memang tak dapat dari mana-mana kedai motor, kedai runcit malahan kedai insurans .. pikir lawak? booo~



Untuk pengetahuan lu orang, guwa buat kad raya nie pukul 2 pagi sehinggalaa waktu sahur 5 pagi.. Pehh kencang tak kencang laa kan.. lebam bijik mata guwa menghadap laptop nie.. Tapi semangat punya pasal, guwa gagahkan mata guwa untuk mereka kad hari raya khas untuk lu orang, ecehhh.. terharu tak ? sobs sobs



Sebenarnya guwa pun tak tahu nak cakap apa.. ini bukan kad raya, tapiii apa ek? gambar? wallpaper? pandai-pandai laa lu orang klasifikasikan benda alah nie.



Peringkat pertama





nampak tak, betapa stressnya guwa bila orang yang guwa lukis jadi macam apa ntah.. Niat nak skecth neelofa jadinya hmm, mak eton ! Haaaa .. CANCEL !





tukar plan, kononnya nak lukis ala-ala berada di kampung, tambah ada lemang sikit, ada ketupat sikit..








Rasa macam tak sempurna , tambah laa lagi awam yang melambangkan rumah kampung nie berada di bumi yang nyata, bukannya berada di Marikh.. selain itu penambahan siput babi di situ yee.. motif? ntah ... Haha


Finally

Inilah hasilnya





Boleh laaa, walaupun tak secantik mana, tak sekemas mana, tak se cun mana.. yang penting ihklas dari hati guwa..Heee *ikhlas mana boleh cakap buat pukul3 4 pagi ini laaa hasilnya.. Guwa bukan pelajar seni, memang kaku keku keki tangan untuk melukis, Harap maklum.. heee





Tahun lepas punya kad raya berbanding tahun nie.. Haaaa




Last word, Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.. Andainya terdapat salah dan silap harap diampunkan.. terkasar bahasa, tercuit tak mengena.. menyusun 10 jari meminta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.. kosong-kosong , Peace no war !



Sekian

Klik dan likes page nie jom ;)  zakirulrahim

Monday, August 5, 2013

Iftar dan Berjimba.

Assalamualaikum.



Alhamdulillah dah hampir sebulan kita berpuasa kini tibalah masanya untuk bergembira ! Yahooo ! so, before meraihkan hari yang mulia tuh sempat jugala guwa bersama ex-classmate buat majlis berbuka di rumah cikgu guwa dulu..Alhamdulillah meriah gitu.. well dah lama kot tak jumpa, so memang kecoh laa suasananya, Heee


serba sedikit gambar sepanjang iftar tuh.. Heeee

Big family, lengkap mak abah, anak, cucu .. Oh yeay ?


Auw, awekssss , amani, guwa, zack..
mulut serong akibat ditampar bini ke dua .. haaa

Rewang-rewang sambil gosip, biasa ler gegirls.. Heeee




Memasing sebenar bawa makanan dari rumah, nak jimat laa katakan.. lagipun malas nak menyusahkan cikgu kami yang sarat mengandung so memang banyaklah jenis kuih muih, ada juga certain yang bawa mee, nasi etc.. guwa bawa kek batik je bro, hand made bukan beli.. tambah special bila guwa yang buat benda alah tuh.. Heeee.. Boleh jadi chef nie.. 



Gadis melayu wei ! memasing single.. yeke? Haaaa






Minah rempit yang paling terulung pada abad ini
ada bran? rempit bawa loyang wei, :D





lokman, kimi, aiman.. budak gila-gila.. heee

bapak orang main gelongsor..Haaa





guwa dan cikgu jasmin super five ! Heee



Sepuluh malam terakhir nie banyakkanlah beribadat kita kejar malam lailatulqadar tuh.. In sha Allah, jangan dok sibuk mencari baju raya sampai malam yang paling mulia tuh terlepas, ruginya.. bukannya setiap hari kita boleh dapat.. setahun sekali sahaja.. Heee ..



Harapan daripada guwa, next reunion boleh laaa ramai lagi yang joinnggg.. Heee.. Majlis iftar sebegini rupe mampu mengeratkan lagi jalinan kasih sayang antara satu sama lain disamping dapat mengeratkan silahturrahim..  Next time buat lagi ! yeah ! haaa.


Salam ramadhan :D 


klik dan like pages nie --->  zakirulrahim
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...