Tuesday, August 6, 2013

Kad raya exclusive. Haha


Assalammualaikum




Apa kejadah hareemm nya dah nak raya, ada kad raya lagi kan? postman pun dah cuti.. okay seriusleee kad raya yang guwa buat nie exclusive, memang tak dapat dari mana-mana kedai motor, kedai runcit malahan kedai insurans .. pikir lawak? booo~



Untuk pengetahuan lu orang, guwa buat kad raya nie pukul 2 pagi sehinggalaa waktu sahur 5 pagi.. Pehh kencang tak kencang laa kan.. lebam bijik mata guwa menghadap laptop nie.. Tapi semangat punya pasal, guwa gagahkan mata guwa untuk mereka kad hari raya khas untuk lu orang, ecehhh.. terharu tak ? sobs sobs



Sebenarnya guwa pun tak tahu nak cakap apa.. ini bukan kad raya, tapiii apa ek? gambar? wallpaper? pandai-pandai laa lu orang klasifikasikan benda alah nie.



Peringkat pertama





nampak tak, betapa stressnya guwa bila orang yang guwa lukis jadi macam apa ntah.. Niat nak skecth neelofa jadinya hmm, mak eton ! Haaaa .. CANCEL !





tukar plan, kononnya nak lukis ala-ala berada di kampung, tambah ada lemang sikit, ada ketupat sikit..








Rasa macam tak sempurna , tambah laa lagi awam yang melambangkan rumah kampung nie berada di bumi yang nyata, bukannya berada di Marikh.. selain itu penambahan siput babi di situ yee.. motif? ntah ... Haha


Finally

Inilah hasilnya





Boleh laaa, walaupun tak secantik mana, tak sekemas mana, tak se cun mana.. yang penting ihklas dari hati guwa..Heee *ikhlas mana boleh cakap buat pukul3 4 pagi ini laaa hasilnya.. Guwa bukan pelajar seni, memang kaku keku keki tangan untuk melukis, Harap maklum.. heee





Tahun lepas punya kad raya berbanding tahun nie.. Haaaa




Last word, Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.. Andainya terdapat salah dan silap harap diampunkan.. terkasar bahasa, tercuit tak mengena.. menyusun 10 jari meminta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.. kosong-kosong , Peace no war !



Sekian

Klik dan likes page nie jom ;)  zakirulrahim

Monday, August 5, 2013

Iftar dan Berjimba.

Assalamualaikum.



Alhamdulillah dah hampir sebulan kita berpuasa kini tibalah masanya untuk bergembira ! Yahooo ! so, before meraihkan hari yang mulia tuh sempat jugala guwa bersama ex-classmate buat majlis berbuka di rumah cikgu guwa dulu..Alhamdulillah meriah gitu.. well dah lama kot tak jumpa, so memang kecoh laa suasananya, Heee


serba sedikit gambar sepanjang iftar tuh.. Heeee

Big family, lengkap mak abah, anak, cucu .. Oh yeay ?


Auw, awekssss , amani, guwa, zack..
mulut serong akibat ditampar bini ke dua .. haaa

Rewang-rewang sambil gosip, biasa ler gegirls.. Heeee




Memasing sebenar bawa makanan dari rumah, nak jimat laa katakan.. lagipun malas nak menyusahkan cikgu kami yang sarat mengandung so memang banyaklah jenis kuih muih, ada juga certain yang bawa mee, nasi etc.. guwa bawa kek batik je bro, hand made bukan beli.. tambah special bila guwa yang buat benda alah tuh.. Heeee.. Boleh jadi chef nie.. 



Gadis melayu wei ! memasing single.. yeke? Haaaa






Minah rempit yang paling terulung pada abad ini
ada bran? rempit bawa loyang wei, :D





lokman, kimi, aiman.. budak gila-gila.. heee

bapak orang main gelongsor..Haaa





guwa dan cikgu jasmin super five ! Heee



Sepuluh malam terakhir nie banyakkanlah beribadat kita kejar malam lailatulqadar tuh.. In sha Allah, jangan dok sibuk mencari baju raya sampai malam yang paling mulia tuh terlepas, ruginya.. bukannya setiap hari kita boleh dapat.. setahun sekali sahaja.. Heee ..



Harapan daripada guwa, next reunion boleh laaa ramai lagi yang joinnggg.. Heee.. Majlis iftar sebegini rupe mampu mengeratkan lagi jalinan kasih sayang antara satu sama lain disamping dapat mengeratkan silahturrahim..  Next time buat lagi ! yeah ! haaa.


Salam ramadhan :D 


klik dan like pages nie --->  zakirulrahim

Sunday, July 21, 2013

Perkara Mahkruh ketika Berpuasa

Assalamualaikum.



Perkara Mahkruh semasa Berpuasa




  • Menyelam dalam air akan menyebabkan puasa menjadi batal jika air memasuki rongga-rongga anggota tubuh-badan yang perlu dijaga. Oleh sebab itu, perbuatan tersebut adalah makruh dilakukan sekalipun dalam perkara-perkara yang dituntut seperti mandi wajib atau mandi-mandi sunat.

  • Makruh merasa makanan dengan lidah kerana ia boleh menyebabkan makanan tertelan masuk ke dalam perut. Perbuatan itu juga boleh membuka selera makan bagi orang yang berpuasa itu, dan ini boleh membawa kemungkinan yang dia tidak mampu menahan dirinya untuk terus berpuasa.

  • Cakap banyak tanpa hajat. Ini kerana banyak bercakap mengundang pelbagai kemungkinan, termasuk fitnah dan tersalah cakap.

  • Banyak tidur. Tidur keterlaluan akan lari daripada tujuan merehatkan badan, bahkan akan melemahkan kembali tubuh badan.

  • Mengeluarkan darah seperti berbekam dan lainnya

  • Menggosok gigi selepas gelincir matahari 

  • Mencium atau mengucup isteri.



Selamat Berpuasa ! 


Kalau laaa .. Eceh !

Assalamualaikum



Selamat menyambut bulan ramadhan.. Wah indahnya bulan nie, banyakkan buat amalan yang baik-baik, tinggalkan dulu amalan yang jahanam tuh.. Haaa, Agaknya tak terlambatkan aku wish..heeee






Kalau laaaa...........




Yey, impian aku sejak kecil lagi ingin memiliki kereta berjenama, at least proton or produa.. tapi kalau dah bergaji 10 ke 20k ape barang proton ? Haaa, belagak siooottt.. of course prefer kepada yang lebih berkualiti rite? 







Aku memang sangat mengidamkan kereta BMW .. jarangla aku lihat kereta jenama BM nie reka bentuknya aneh, selalunya luar biasa.. waaa~ teruja bila melihat..heeeeTapi kalau setakat kerja pencacai atau seadik beradik dengannya memang impian hanyalah impian tak akan menjadi reality pooonnnn..



menerujakan sungguh, Heeee

Alaaaa dapat lambang dia pun jadi laaa.. Hehe

Tak nak BMW pinjam, nak yang real.. Haha


Selamat berpuasa muslimin dan muslimat .. Ingat PUASA itu wajib.
heeee


Saturday, June 1, 2013

Assalamualaikum 'JUN'

Assalamualaikum
salam sejahtera




JUN ? bukan junaidah,junut,junah dan sebagainya tetapi JUN, JUN, diulang kembali JUN.. (bulan jun laaa) rasa seperti baru semalam bulan Januari, begitu pantas masa berlalu, 





Well, seperti biasa mengharapkan sesuatu yang lebih baik dari bulan yang sebelumnya dan mengharapkan juga datangnya bulan jun ini memberi tuah kepada guwa, kod-kod laaa orang datang rumah buat suprise bagi guwa BMW ..wahh indahnya dunia.. Berangan tahap dewa.. hihi

Apa yang lebih membanggakan buat julung-julung kalinya guwa buat entry di awal bulan.. heewww, yeee guwa tahu blog nie dah dipenuhi dengan sawang mawang..mawang tuh berasal dari perkataan mawas yang mempunyai wang.. hmmm, apa kaitannya? Choooiii ! =D

Sebenarnya tak ada benda yang nak dikongsikan melainkan tidur,makan,tengok TV.. boleh jee guwa nak share gambar, tapi gambar bangun tidur arrr.. siapa yang tengok gambar guwa bangun tidur konfirm lepas nie tak jenguk blog guwa lagi.. haarrrrrggghh.. pernah tengok beruang bangun tidur? hmm, aku ala-ala macam beruang tuh laaa.. tapi comel lagi sikit.. heeee~

cenggini haaaa~



Si beruang yang MALAS !
haha


so Happy Holiday buat budak sekolah, lebih kurang seminggu saja lagi cuti.. naik sekolah, struggle lagi.. huh! hehe .. student life.. normal laaaa.. kena terima seadanya..

thank you, see you again.. in sha allah.. :)


Tuesday, May 28, 2013

Yahoo ! Yihaa ! Yohaa! HAHA

Assalamualaikum



Untuk makluman anda ini ade lah entry yang kedua dalam tahun 2013
gila bapak malas guwa nak buat entry.. Bukan malas sayang oii.. tapi guwa sibuk dok study (kononnya) well, budak form 6 laa katakan.. eh! form 6 pun busy ape.. ingat budak matrik jee sibuk dok struggle.. twink twink twink

Tengok atas tuh, tajuk ke laman web.. sebenarnya dari tajuk tuh dapat mengambarkan bahawasanya guwa dah bebas dari exam ! Alhamdulillah..
memang sebelum nie tak ada masa nak menaip untuk buat post
sebab dok busy menaip 'mini tesis' nama glamour, kalau nama kampung PBS..

Jangan mudah terpedaya dengan lakonan di gambar tersebut
eksen jee tuh, padahal tak reti pun nak menjawab
Guwa seorang pengakap kelana.. tolong hormat
ape kaitannya? kahkahkah #abaikan


Now, boleh dikatakan cuti panjang jugak laaa 2 minggu, namun begitu, Hamboi ! penanda wacana siott ! guwa pasti dan yakin mesti ade di kalangan cikgu guwa nak buat kelas.. choii.. hmm, okay ape.. lagi dok umah perap lemak.. lebih baik pergi sekolah.. dapat ilmu..cehhh budak baik..



Part time kerja sebagai seorang pembajak moden
dah banyak dah tanah orang aku bajak..
please welcome petani muda ! booooo~ =D

Iklan ubat gigi sebenarnya
tengok gigi kami semua, putih bukan?
rahsianya gunalah minyak tanah dan kayu sugi..

Cukup setakat ini..i'll back next entry maybe.. haha

Thursday, February 14, 2013

Entry tanpa arah ..brrrrr

Assalamualaikum wbt..
Salam sejahtera dan salam satu Malaysia..



Fuhhyoo.. lama tuh tak hapdated .. ! memang dah bersawang tahap dewa dewi laa kan ? ok.. guwa tahu itu.. 

Aku rasa masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2013!
Kahkahkah.. kepala hotak berjambul laa tak terlambat.. dah masuk bulan 2 kot.. wawawa.. 

Kenapalah aku nie tak hapdated post baru je an.. Okay gini citenya.. well, as usually budak sekolah sudah tentu sibuk dengan homework yang melambak mengalahkan gunung-gunung yang terdapat didunia ini.. cikgu aku sememangnya baik hati..hmm.. so sejajar dengan itu apabila semakin banyak homework yang diberikan semakin meningkat tahap kemalasan untuk menghapdated post-post yang bermanfaat "sangat" .. nampak tak hipotesisnya kat situ ? bbrrrrr..

Selain itu, kesibukan dengan jawatan yang disandang.. hamboiihh ! disandang katanya ! wawawa.. jadi s/u nie memang banyak kerja.. hampir setiap minggu ade jee kerja.. tapi inilah nama nya tanggungjawab yang harus aku galas,gelas,gulas,golos...winkwinkwink..

Nah ambik nie.. rentetan reunion kali ke sejota ! fuhh.. =)


Konon candid tapi haprakk ! candid laa sangat
tapi guwa ? hmmm..

Ahli-ahli mesyuarat tingkap yang dipengerusikan oleh wanita ..
Mesyuarat dibatalkan ! yeah ! haha


Girls power ! yahoo~ 

Eh? handsomenya abang baju kuning tuh ? Weks ! =P


Terlampau ceria.. Inilah kanak-kanak ribena yang terlepas dari kindergarten..
security please !! haha

Masing-masing buat muka kiut .. inilah kami..

 

Aggrrhhhh ! dia telah meragut mata kiri ku..
jahanam! haha
Maaf entry ini tiada kesimpulan..wakakaka

Next weeks MUET test.. yes no thank you alright welcome.. okay tuh jee yang aku tahu.. =)

sekian..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...