Tuesday, August 30, 2011

ucapan raya ringkas

assalamualaikum.


akhir sudah ramadhan kini tiba syawal..wow! cepatnya masa berlalu
rasa macam baru semalam jerk berpuasa..Haha! nampak bebeno menipu!
ok fine..!hakhak..=P


so,dengan rasa rendah diri aku pemilik blog Cerita Budak Bandar
ingin meyusun jari tangan,kalau tak cukup jugak jari kaki aku susun sekali
memohon ampun dan maaf kot-kot aku ade menyingung hati dan perasaan
korang ker,mengumpat korang ker,lepas tuh,kot-kot lah
aku post kat blog nie korang ade yang terasa,
aku dengan rasa rendah diri meminta ampun dan maaf dari hujung rambut 
hingga hujung kaki yer.


almaklum lah,aku manusia biase yang tak lari dari kesilapan..
i'm not perfect ok! and i know nobody perfect except prophet Muhammad.


so have fun during Eid of Mubarak!


layan gambar..


selamat hari raye!
hari untuk kite suke2.!
tapi ingat orang yang telah tiade!
jangan lupe duit raye!
haha!



maaf zahir batin..

tambah lagi satu,TER kentut tak sengaje!
Haha..


sekian


lagi sekali


SELAMAT HARI RAYA!!!!
Maaf Zahir Batin..

haha,so gedik..=P

Monday, August 29, 2011

soalan releven semasa raya




sedar tak sedar lagi beberapa jam sahaja ramadhan nak berakhir
dan yang akan menjelma syawal..taraaa! Haha! excitednya nak raya.
Dan sedihnya nak tinggalkan puasa, so how your fasting? is it ok?
eermm,sendiri mahu ingat lah yer..


ok continue.
kalau nak raya soalan standard lah kan mesti ditanya,
contoh soalan:


how your preparation of Eid?


bape pasang baju melayu@baju kurung?


warna ape?


kuih raya beli ker buat?


raya tahun ini balik K.G sebelah mak ker abah?


hurrmm, betol tak soalan-soalan macam ginilah yang biasa ditanya.
sometimes bosan jugak nak menjawab, Nak nak 15 orang yang
tanya soalan yang sama,tak ker fedup mak nyah oiiii!. Hahaha..Ok fine
tak lawak..huhu


actually benda macam gini lah kita akan rindukan bila raya dah berlalu.
tak salah pun nak tanyakan..so jawab jerk lah selagi mampu..
kalau para reader tanya kan soalan tuh..ok aku jawab!



  • my preparation hanyalah biasa sahaja.
    taklah gempak sangat, alakadoo jer..=')
  • tahun nie baju melayu sepasang sahaja,save bajet! Hahatapi inSyaAllah ianya akan bertambah bila duit bertambah..
    nampak tak hypothesis kat situ..Haha
  • tahun nie aku pilih warna cokolat..!tak tahu kenapa?
    tibe-tibe ilham datang katakan warna cokolat! hoho=D
  • kuih raya,ade yang beli dan ada yang buat sendiri,diulangi
    ade yang buat sendiri okayy! Ape?ingat aku tak tahu nak buat
    kuih raye kerrr??
  • biasanya balik K.G belah mak then sebelah abah.
    tak tahu kenapa? Dah tradisi koott...


ok,cukup.. 

nah layan gambar...


haha! raya,raya,raya



tak ada kena mengena dengan tittle..Haha!
saje buat gempak..



ketupat oh ketupat..


sekian..

Saturday, August 27, 2011

satu impian satu harapan satu matlamat

assalamualaikum


aku tahu dan kau pun tahu setiap orang mesti 
ada impian,harapan dan matlamat yang mengunung bukan?
sama seperti aku,pelbagai macam yang 
aku impikan dan pelbagai yang aku harapkan, 
Salah satunya nak jadi terkenal dalam dunia
berblogging nie..Memang teringin gile lah nak jadi famous..tapi
hanya impian dan harapan..kalau ada rezeki insyaAllah jadi kenyataan.
tol x?hehe~


Seperti blog-blog otai nie Cik Epal, Budak lelaki Sebelah Pintu,
Ben ashaari,..dia orang sekarang memang famous giler kan..
follower sampai beribu-ribu.. Blog diaorang nie pun memang ade isi
dan menarik untuk tontonan umum,tapi masalahnya isi dalam blog aku
nie menarik ker?sesuai ker untuk tontonan umum.?wah,,kata kau!


Kadang-kadang blog2 yang macam gini lah menjadi inspirasi kepada
aku untuk terus berusaha dalam bidang berblog nie untuk mencapai
sebagaimana yang mereka capai sekarang..Sungguh hebat! Power!
pikir sejenak..mampukah blog Cerita Budak Bandar dapat sambutan
dari semua orang..*terus berfikir..


teringin jugak nak keluar majalah.. Remaja ker? Intrend ker?
tapi itu semua khayalan semata-mata dan probability nya 1/2..
actually i need to learn more in blogging..and also
i need to learn how to make people love to visit my blog,
besides..i need to learn how to good writing in blog..
all that,merupakan peranan yang penting bagi 
sesebuah blog untuk mencapai kejayaan sebagai mana blog-blog
yang di  atas tadi tuh..


so,kita kena terus belajar dan belajar dan belajar..
sampai bila-bila to achieve what you want..selagi tak capai
sesuatu itu,teruskan berusaha dan jangan lupa berdoa..
that is the most importance thing!


i love the owner blog!
haha~



i want to be excellent blogger.
Hehe~
Matlamat,nak jadi blogger yang berjaya!! *Haha


sekian..

Friday, August 26, 2011

kiuh raya top 5!

assalamualaikum.




tup tap tup tap! Dah nak raya..hu hu hu hurey!!
syokkan raya,sape kate tak syok?sini aku siku perut die,Haha!
so,macam biasa ar,nama pun raya..bohong arr kalo
aku cakap tak ada kuih raya tol tak..


kuih raya atau lebih dikenali sebagai biskut raya,Haha
serius bengong..boleh didapati sama ada ko beli atau ko
buat,tapi orang sekarang nie biasanya beli ar,main tunjuk jerk,
abang nak tuh,nak ini,nak tut tut...haha! astafirullah hal azim..
betol tak? serius orang sekarang nie dah malas nak buat kuih raya
sebab:

  1. malas nak buat sebab leceh,dan rumit..
  2. busy dengan kerja sampai tak ada masa nak buat kuih raya,
    baju raya anak pun tak beli kottt,! haha
  3. mudah,senang,simple..tak payah nak menghadap oven yang
    yang panas,tinggal beli jerk kat kedai
  4. lagi satu,tak pandai nak buat kuih raya! Haha..so jalan penyelesaiannya beli jerk lah bang yer...
itu antara sebab dan penyebab orang malas nak buat kuih raya,
standard lah kan orang beli kuih raya,aku pun beli jugak..Haha!


ini antara kuih raya yang aku rasa digemari ramai kott..'kott' lagi kann


tengok nie..
zzzaaaasssss>>>llayyaaannn..




almond london,peewwit!
sedap tuh..my favourite



popia simpul,pewwh!
layan tuh kalo makan sambil
tengok tv..Haha!
biskut tart nenas,
yummy!

biskut corn flakes!
i like!

biskut 'pelik' namanya!
ada ker nak makan biskut macam nie.
haha!

biskut chocolate..
pasti mengancam!



kuih ros eh?tak sure ar nie kuih ape?
tapi yang aku tahu sedap! hehe~

tempeyek..kuih tradisional!
kalau blik kampung mesti ada..
sodap!

sebenarnya ,macam-macam lagi kuih raya yang sedap2,yer dak?
tapi aku hanya list kan sikit jerk,so siapa yang rasa dekat rumah dia
ada kuih raya banyak,bak sini sikit..aku nakk!hehe,tak malu.
ok bye..
sekian,wasalam




rumusan
*isi kat atas tak ada kena mengena dengan tajuk,
lari giler..Haha

Tuesday, August 23, 2011

kes tegur menegur

assalamualaikum


'sedarlah diri sendiri sebelum nak mengata orang
? Perangai pun macam apa?ade hati nak tegur
orang,"

dialog kat atas nie dah menjadi releven kat sesiapa
yang suka menegur orang,salah ker nak tegur? untuk kebaikan
ko bukan, tegur sikit dah nak melenting macam
cacing kepanasan,*eh,betul ker?bantailah..
come on lah rakan,macam gini
ker orang malaysia? macam gini ker orang islam?

kadang-kadang engkau tak sedar ape yang ko buat
tapi orang lain sedar ape yang ko buat, So salah ker nak
tegur?salah ker?
kadang-kadang susah jugak ade manusia yang macam nie
kat dunia..hurrmm=(

tegur sikit mulalah nak marah-marah,ape sey macam nie?
ko dah menganggu ketenteraman orang nak belajar ker?
nak buat benda-benda lain ker?pikir lah sikit..
kenapa bile ko tegur orang lain direct lagi,tanpa
ditapis-tapis kata-kata yang dilontarkan itu
tapi orang boleh terima kenapa tidak ko!

kita boleh jadi tidak selasa kalau ade orang yang macam gini
dipersekitaran kita betul tak?
so,kesimpulannya cuba lah diri itu menerima apa yang ditegur oleh 
orang lain,kalau tak boleh terima,memanglah diri kamu
itu tak akan berjaya sampai bile-bile pun..

satu lagi,yang memberi teguran,
bagilah teguran yang membangun,janganlah bagi teguran
yang membuatkan orang itu lagi down,.
pikir-pikirkan lah...

tengok nie.degil sangat dah kena marah!
padan muka!haha

direct teguran! bahaya kalo macam nie.
sekian wassalam...

Monday, August 22, 2011

hikmah berdoa

assalamualaikum..





hikmah berdoa..


1. Doa adalah sebagai pelindung dan senjata kepada setiap orang mukmin dari godaan dan hasutan syaitan serta dari kejahatan manusia.

2. Dengan berdoa akan meningkatkan lagi ketaqwaan dan kekuatan iman seseorang mukmin.

3. Allah amat mengasihi dan menyukai akan hamba-hambaNya yang selalu berdoa dan meminta sesuatu kepada-Nya.

4. Dengan berdoa akan mententeramkan jiwa kita, menjadi penawar dan penenang kepada hati yang bersedih. 



5. Berdoa adalah ubat penyembuh bagi segala jenis penyakit yang ada pada diri manusia sama ada penyakit zahiriah mahupun penyakit batiniah.

6. Doa merupakan tali penghubung di antara anak dengan kedua ibu bapa yang telah meninggal dunia maka doa dari anak-anaknya yang soleh amatlah dinantikan untuk mendoakan kesejahteraan mereka di dalam kubur.


7. Dengan berdoa Allah akan membukakan pintu rahmat-Nya kepada manusia



8. Doa adalah penghubung dan pengikat tali persaudaraan dan kasih sayang di antara sesama mukmin.
berdoa bersunguh2 sebagai mana
kita mahukan sesuatu..he~

haiwan pun pandai berdoa
bersungguh2!,inikan kita..
comel~


Sunday, August 21, 2011

shopping raya

assalammualaikum

huh! penat dua harian aku pergi ronda-ronda satu malaysia!
rakyat didahulukan percampaian diutamakan!! Eh,eh..lain pulak 
jadinya kan,! hujung minggu nie macam biasa lah,
aku dengan family aku bernafsu nak berbelaja untuk 
raya,nape? korang ingat korang jerk ade nafsu,
kami sekeluarga pun ade maa...Hakhak

nah amek ko,aku bagi gambar!
sexy tuh.!tutup mate..heee~
ok! Let start..
semalam selepas kelas add math lingkungan jam 12,aku
dipaksa dan aku terpakse mengikut family aku pergi melaka,
untuk shopping raya,,dan melawat nenek aku yang mehadapi kanser!
wah,*menghadapi gitu nyah! tujuan utama adelah nak melawat,
tapi biasa lah,aku ambil kesempatan nak shopping sekali,
bukan senang nak shopping kat melaka..yer dak!

Ummhh! Teruskan..
bertolak dari johor kol12 gedebak gedebuk! sampai melaka kol 4
kenapa lambat? biase ar,abang aku bawa kereta santimental
tuh yang lambat sampai..

Tempat utama yang dituju MITC melacca..jalan-jalan kat dalam tuh,
yang macam sadin dalam tin,tapi tak beli apa-apa pun,semua tak
berkenan dek ati, seterusnya, mencari tempat nak berbuka di melaka,
pewh! nasib aku baik sebab masih ade lagi tempat kosong,kalau tak
duduk bersila lah kami sekeluarga dilantai! =(..Next destination go to melaka sentral,
jalan-jalan, sama jugak macam tadi,tak ade yang berkenan dek ati..

Dah feedup,dah lah panas..pegi cari tempat lain,Last-last pergi dekat
satu bazzar nie,dekat klebang,barulah abang aku beli baju kat situ,
banyak-banyak tempat yang aku pergi tadi! kat bazaar jugak abang aku
berminat nak beli..pelik2 kan..dah lewat malam,balik umah ar,
ape lagi..takkan nak jadi kutu embun kot.. Haha!serius tak lawak..

abaikan gambar perempuan tuh!
hiasan jerk~
mood mase tuh:
penat,stress, sedih sebab tak beli baju lagi..



so,sekian..wassalam

Saturday, August 20, 2011

amalan sunat di bulan ramadhan







1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar


2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka


3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka


4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa


5. Bersiwak atau menggosok gigi.


6. Bermurah hati dan banyak menderma.


7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran


8. Memberi makan untuk berbuka puasa.


9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)


10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan


11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan


banyakkan membaca al-quran sebab
satu huruf 10 kali ganda pahala!
banyak tuhh,kan,kan



sempena 10 hari ramdhan yang terakhir ini,
jom rakan-rakan kita beramalan,sebanyak-banyak
mungkin supaya kita dapat banyak pahala!! Yeahh!


so,jom-jom..jangan lepaskan peluang!!


sekian>>wassalam





Friday, August 19, 2011

erti sahabat




Erti persahabatan

Erti persahabatan

1. Persahabatan adalah satu satunya pintu kebebasan kita.Banyak perkara yang tak dapat kita nyatakan kepada isteri sekali pun,tetapi dapat dinyatakan kepada sahabat.Persahabatan yang jujur adalah salah satu tangga kenaikan.

2. Supaya beroleh sahabat,hendaklah diri sendiri layak buat disahabati orang.

3. Sahabat kamu suka pada kamu, tetapi tidaklah tiap tiap orang yang suka kepada kamu itu adalah sahabat kamu.

4. Kesenangan hidup mu adalah memperbanyak teman,tetapi bukti persahabatan yang setia ialah diwaktu kesukaran.

5. Yang semulia mulia kewajipan bersahabat ialah mengetahui kehendak dan kemahuan sahabat kamu sebelum dikatakan.Dan perkenankan permintaannya sebelum dimintanya.

6. Kalau mempunyai banyak sahabat, janganlah jadi sahabat untuk seorang sahaja.

7. Kalau sahabat kamu tertawa,hendaklah dikatakan apa sebab dia senang , kalau sahabat kamu menangis,engkau mesti periksa apa sebab dia susah.

8. Jika engkau memberi sesuatu pada sahabat kamu,bererti memberikan kepada diri kamu sendiri.

9. Bila orang telah merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia yang sanggup membuka matanya.

10. Teman yang 'berudang disebalik mee' Haha! adalah seumpama anjing ditepi jalan,yang ditujunya hanya tulang yang akan dilemparkan kepadanya,bukan tangan yang melemparkan tulang itu


awek satu,isteri satu,tapii....kawan biar beribu!!

best friend forever! Haha!!

sekian..wassalam

Tuesday, August 16, 2011

tradisi kad raya!




Kad raye? masih ade lagi ker? wujud lagi ker?
opp cos lah ade lagi mok!tapi kuantitinya sedikit..
kenapa tetibe aku tersentap nak cerita pasal kad raye?
Rakan-rakan yang dekat luar sane tuh tak tahu dah ker
kad raya semakin pupus!! Tengok nie>>>


“Pada tahun 2007 menghantaran kad raya melalui Pos Malaysia adalah sebanyak 8,426,911 keping manakala pada tahun 2008, jumlah tersebut menurun kepada 7,893,695 keping.
“Pada tahun 2009, jumlah kad raya yang dihantar melalui Pos Malaysia telah menurun lagi kepada 6,828,299 keping, begitu juga pada tahun 2010. Penghantaran kad raya melalui Pos Malaysia kini turun kepada 5,114,533 keping,”
You see,betapa menurunnya kadar penjualan kad raya,
sedih=)..Bila ditanyakan kepada rakyat malaysia.
mereka menyuarakan bahawa kad raya pada zaman
globalisasi ini  'dah tak releven' 'old school' 'out of date'
dan macam-macam agi lah..tpi aku rasa,ape yang boleh dipadam
dengan hanya menekan butang delete lagi lah 'out of date'.
at least..kad raya boleh digantung dan boleh jadi pehiasan dekat rumah,,
kan sweet kalau macam tuh..
ingat ape?gambar awex jer boleh gantung kat rumah,
kad raya pun boleh tahu!

kalau dulu nya,siap berlawan lagi dengan jiran sebelah rumah
siapa dapat kad raya paling banyak..tapi itu semua
dulu,tapi sekarang,wish kat Fb jerk..tak pun dekat handphone..

tapi kalau kita tengok sekarang pun,dekat-dekat supermaket
semua dah jarang jual kad raya,kalau ade pun,semua
yang dah berabuk dan lapuk warna nya,,tak berkenan nak beli
kan,kan,kan..tapi yang syok nya,ade kad raya yang bila bukak
ade lagu,pewh! best tuh,lagi-lagi awex bagi kan,
tapi bila first-first dapat benda tuh,asyik buka tutup,buka tutup
jer..sampaikan rosak kad raya tuh di buatnya,tapi
itu semua dulu,sekarang......

Dulu,abang-abang posman sibuk gile menghantar
kad raya kat rumah orang,sampaikan berbuka pun dekat atas
motor,ko bayangkan betapa busy nya abang-abang posman kita
nie.tapi itu dulu,sekarang......

Dulu 200m dengar jerk motor abang posman terus
kejar,sebab excited dapat kad raya,sampai terloncat2
macam kera,tapi sekarang....
dengar jer motor abang posman,tak ada mud terus..haha

So,jom ramai-ramai beli kad raya bagi kat kawan-kawan,
makcik pakcik,sedara mare..jangan lupa bagi aku jugak,,!!
hehe..
contoh-contoh kad raya


kad raya trend sekarang.=)

kad raya buat sendiri!sangat2 kreatif

kad raya kartun..
jemputlah datang umah..yerr!

SEkian..


Monday, August 15, 2011

malam lailatulqadar


assalamualaiKum..

Sekarangkan dah puasa yang keerr??ke 15..pandai pun, so kita dah hampir
dengan malam lailatulqadar! dah cukup belom ibadah korang?kalo belom 
pergi buat sane!cepaaatt!! Haha,,kamu,kamu,kamu kat luar sane tuh? tahu ker
tanda-tanda malam lailatulqadar?? kalau yang tahu good! kalau yang tak tahu
meh sini aku atuk bagitahu!! atuk??
hah! plezz ler..mude lagi tahu!! hehe..
nah bace sendiri yer>> untuk menanbahkan ilmu..
doa~

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar

banyakkan baca al-Quran


bapak yang sengal!!huhu


sekian..thank you!


malam lailatulqadar


assalamualaiKum..

Sekarangkan dah puasa yang keerr??ke 15..pandai pun, so kita dah hampir
dengan malam lailatulqadar! dah cukup belom ibadah korang?kalo belom 
pergi buat sane!cepaaatt!! Haha,,kamu,kamu,kamu kat luar sane tuh? tahu ker
tanda-tanda malam lailatulqadar?? kalau yang tahu good! kalau yang tak tahu
meh sini aku atuk bagitahu!! atuk??
hah! plezz ler..mude lagi tahu!! hehe..
nah bace sendiri yer>> untuk menanbahkan ilmu..
doa~

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar

banyakkan baca al-Quran


bapak yang sengal!!huhu


sekian..thank you!


Sunday, August 14, 2011

char kuey teow dengan cakoi

assalamualaikum


Kali nie aku nak story mori tajuk yng kat atas tuh,
char kuey teow dengan cakoi,.Aku tak sure sangat ape ejaan nye,tapi
yang aku pasti ade bunyi jadilah kan,Asalkan bunyinye tak lari jauh
betul tak?


Hari tuh aku borak-borak dengan member aku tentang makanan wey,
pewhh! best tuh citer pasal makanan mase bulan pose,betul tak kan??
lepas itu ade lah satu member aku nie die bangkit kan isu
makanan kat atas nie,die kata dia teringin nak makan char kuey teow.
aku cakap cari jerk lah dekat kedai kan ade,kan3..


Die kata mane ade,sekarang dah jarang ade jual dekat kawasan tempat aku nie..
emm,aku dah mula pelik,lepas tuh die cakap lah char kuew teow tuh yang macam roti kat bawah nie>>





Dia kata benda yang kat atas nie char kuey teow,aku kata bukan lah.
char kuey teow yang mee kuey teow nya ade kuwah tuh,yang macam
gambar bawah nie...





Die kata bukan,aku ape lagi mulakan lah perdebatan dengan kawan aku tuh,
die tak percaya jugak,aku tanya pendapat kawan2 aku,yang lain semua sokong
aku,tapi dia masih menindakkan,aku tanya cikgu aku pulak,dia pun kata same
ape yang aku kata tadi,die terus terdiam..lepas beberapa hari,kiteorang
pergi library,tiba2 die datang dekat aku tunjuk kan satu gambar,
aku tengok betul lah ape yang aku cakap..char kuey teow ade kuwah..cakoi tuh
sejenis roti kot!Haha,aku bantai jerk,,akhirnya..aku menang jugak!haha


So sesiapa yang tak tahu lagi ape beza char kuey teow dengan cakoi,
aku dah selesaikan masalah korang nie..so lepas nie jangan salah cakap
pulak yee..malu pulak nanti...


By the way..!semalam aku makan kuey teow goreng udang,,!!aarrr,sedap!
huhu..aku salah seorang peminat  kuey teow..eemm,yummy!!aduh perut lapar!!
haha



SEkian...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...