Thursday, December 22, 2011

Pengalaman Ambil Result PMR

assalamualaikum..


hello peeps!




PMR,(Penilaian Menengah Rendah)..kirakan peperiksaan yang agak penting jugak lah untuk menentukan kita berada di kelas mana sewaktu Tingkatan 4..so itu dikirakan masa depan jugak lah kan..


PMR aku dah berlalu 2 tahun dah..sekejap giler kan..tapi aku masih ingat lagi masa aku ambil result PMR..that time aku amek berdua sahaja dengan sorang member aku nie..sebab masa keputusan PMR keluar aku dengan member aku sorang nie tidak ada di Johor, Masing-masing sibuk bercuti..haha..so ambil lambat sikit ar,daripada orang-orang lain..


syukur alhamdulillah,result pada masa itu okay..lulus semuanya..dah yang paling penting aku dapat masuk kelas sains! memang sebelum ini tak aspek langsung dapat masuk kelas sains,bajet masuk kelas belakang..tapi mungkin rezeki tuhan nak bagi dapat masuk kelas sains..


tapi yang malangnya apa yang aku target..tak dapat! arrghh..


pengajarannya,jangan target sangat..nanti kecewa yang teramat..now SPM aku target rendah jerk..hehe
result PMR dah keluar,now tunggu result SPM..pewhh!! nebes mak oii..!




harap inilah resultnya ye..amin....huhu
sekian


bebelan khidmat:bagai mana pula pengalaman anda??

Tuesday, December 20, 2011

jom cium!! 18sxx

assalamualaikum


hello peeps!


selalu bercium atau selalu bercumbu?hah! macam nak kena penamparkan,bercium dengan bercumbu sama lah ngek..ngak ada bedanya dong..hamboi,jadi mak endon pulok!


okay-okay,cium? mesti pernah buat bukan,tak kira lah cium halal ker haram ker,haruslah korang pernah buat..
nah aku bagi korang sedikit info tentang cium mencium nie..



fakta ciuman.

1) Lelaki yang melakukan ciuman dengan romantik adalah untuk tujuan mendapatkan seks atau untuk tujuan untuk berbaik-baik dan berdamai.

2) Wanita pula, bercium bagi menilai lelaki. Sekiranya wanita bersungguh dengan hubungan itu wanita akan melakukan ciuman itu lagi. Secara umum, ciuman adalah penting bagi wanita berbanding lelaki.

3) Setiap pasangan bercium akan memindahkan anggaran 9mg air, 0.7 protein, 0.18 bahan-bahan organik, 0.71 lemak, 0.45 garam apabila pasangan melakukan ciuman dengan mulut dibuka.
*
kesimpulannya cium banyak kali boleh buat anda gemok..haha

4) Setiap ciuman memindahkan bau, rasa, bunyi dan rasa sentuhan yang memberikan kesan kepada pandangan individu kepada individu yang dicium. Yang akhirnya putuskan sama ada mahu bercium lagi.


5) Wanita mudah tertawan dengan lelaki yang mempunyai kelainan daripada segi genetik dengannya.

6) Ianya dikesan dengan bau sewaktu bercium.

7) Ciuman akan meningkatkan serius sesuatu hubungan atau mengakhirnya.

8) Ciuman yang biasa dilakukan dipanggil "French Kiss"

9) French kiss mengerakkan 29 otot di muka.
*bagus jugak ye ciuman ini,kalau macam gini,ciuman merupakan satu senaman yang baik untuk otot muka dan mengelakkan tua..haha

10) French Kiss akan menghasilkan rasa berahi seks kerana ia dilakukan dengan mulut terbuka dan lidah boleh disentuh antara satu sama lain.

11) Philematophobia adalah individu yang takutkkan ciuman.

12) Ciuman boleh mengandungi sehingga 278 jenis bakteria.

13) 95 Peratus bakteria tidak merbahaya. Ciuman turut meningkatkan sistem pertahan badan kita melalui pemindahan bakteria
*ini namanya bateria baik hati..huhu



gosok gigi dulu,sebelum cium..haha



jangan makan,makanan yang berbau busuk,nanti pasangan tidak ada selera nak bercium..haha


kesimpulannya,berciumlah dengan penuh kasih sayang dan bercium dengan insan yang halal sahaja.! yang haram,jangan..dosa tahu..



sekian

Monday, December 19, 2011

cara nak tahu orang mengumpat??

assalamualaikum..


hello peeps


mengumpat?bergossip?.erm dah biasa dah dengan gelagat orang malaysia..hampir setiap hari,dan hampir selalu..khususnya pada kaum wanita,tapi tak dapat dinafikan kaum lelaki jugak..


cara kita nak kenal orang itu mengumpat adalah..


1 gaya percakapan


kadang-kadang kita dapat lihat dari gaya percakapan nya..yela,biasanya benda yang agak meragukan ini mesti kita perasan..tol tak? so..dari situ kita dapat tahu orang itu mengumpat atau berbual kosong




2 gaya pergerakan



hah! ini biasa berlaku..ceh,mula-mula duduk jauh-jauh sampai gajah pun boleh lalu depan,tapi bila part nak mengumpat nie,mesti dekat-dekat,sebab apa? tak nak orang tahu,tapi tak payah nak menipu..mana ada orang bercakap dekat-dekat nak cakap benda yang baik..biasanyalah..tapi tak selalu..


3 nada suara
erm,nada suara pun kita dapat kenal orang itu bergossip ataupun benda lain..ceh,mula-mula cakap sampai jiran sebelah dengar,tapi bila part nak mengumpat orang,automatik voice terus perlahan..macam orang tak ada suara..jadi bisu seketika..


4 rasa tak sedap hati



mengumpat jugak kita dapat rasa..mana taknya,bila orang tengok kita lain macam,lepas tuh berbisik-bisik bagai,sudah tentu mengumpat..tapi pernah tak bila minum air tiba-tiba tersedak,ataupun tengah buat apa-apalah tiba-tiba tersedak..konon-konon nya ada orang mengumpat..betul ker benda tuh??erm..itu hanyalah teori..betul atau tidak..itu tak dapat nak ditentukan..


kekadang mengumpat nie boleh buat seseoang itu marah dan lebih teruk lagi menimbulkan perkara-perkara yang negatif berlaku..so,say no to backbiting..and diam lagi baik daripada berkata-kata..
sekian..

bebelan khidmat:selalu jugak mengumpat..haha

Saturday, December 17, 2011

percutian yang penuh dengan kenangan indah..sweet gituu!

assalammualaikum


hello peeps..


hari isnin lalu aku and my friend pergi bercuti!! di Punggai Bayu Beach Resort..
plan nie dibuat agak lama jugaklah..dari awal tahun lagi,sebab korang tahu jerklah kan tahun nie adalah tahun last aku bersekolah,so nak meraikan semua habis sekolah kitaorang bercadang pergi holiday!


memandangkan duit kelas yang dikumpul dari awal tahun terlalu banyak..hamboi! banyak ker??tak adalah banyak mana pun tapi ok lah untuk buat percutian selama dua hari satu malam..


so..kitaorang on untuk pergi bercuti..
sementara itu,kita layan gambar jerk..cita banyak pun tak guna jugak..boring yer dak..


1.ketibaan..


okay..kitaorang berkumpul di sekolah jam 11 gitu..and then bertolak ke Punggai Bayu Beach resort jam 11.45 kot..menaikki 2 van 2 kereta..yang tak syoknya van kitaorang sesat!! arrrgghh..dah menjejaskan masa..sampai2 jerk..terus pergi pantai..macam orang jakun..haha


and then cek in..letak barang..terus sukaneka


2.guru yang hebat..!


guru yang sporting dan comelll! diaorang nie sporting giler..okay ar..sangat best diaorang nie..huhuhu..sangat puas menjatuhkan cikgu yang pakai baju pink tuh ke dalam kolam..hahaha(gelak jahat)




3.sukaneka..pecah perut ketawa..!


ini adalah sukaneka yang kita orang main..walaupun tak bape nak sukan sangatlah kan..but that time..pewwh!! macam nak pecah perut gelak..
sebab terlalu lawak..btw sangat syokk! main tarik tali team aku kalah..haha..2-1..tak apa nanti repeat..hehe




4.sambut birthday secara berjemaah..!januari to disember


malam celebrate birthday satu kelas,and then BBQ..semuanya disponser oleh cikgu! bessstt..




5.makan malam BBQ dan berkaroke di tepi pantai


makan ayam,ikan,udang,hot dog..dan macam-macam lagi ar..pecah perut dibuatnya..and then ada some game lagi..kotak beracun..pernah main??


Hari ke_2


6.menikmati sunrise..


bangun awal pagi after solat terus pergi pantai semata-mata nak tengok sunrise..best tuh..


7.snap,snap gambar bila sunrise..syuukk!!


masa nie dah tak ada keje..so amek gambar jerklah..teka which one me??
cepat2..


8.mandi manda! sampai tak ingat dunia..syuukkk habis!


sebelum balik,sempat lagi mandi dekat kolam..best tuh..sehingga air penuh dekat dalam otak.


sangat penat masa tuh..walaupun penat tetapi sangat fun..memory yang akan ku simpan sampai bila-bila..yeahhh!!


sampai sekarang rindu dengan semua budak 5Anggun..hehe


sekian..


bebelan khidmat:ada kerja kosong tak??nak kerjalah..haha
terpaksa buat gambar macam tuh..sebab terlalu banyak gambar untuk dikongsikan..ceehhwah!

Friday, December 16, 2011

cara perempuan nak tunjukkan dirinya comel tetapi...

assalamualaikum..


hello boys and girls..


selalu tengok tak perempuan yang kurang kecomelannya tetiba nak jadi comel
dengan cara..


1.kata-kata


 well..kekadang seseorang perempuan nak comel melalui gaya percakapannya
konon-konon lah nak jadi comel dengan gaya bahasa yang konon kiut miut
tapi padahal para lelaki tak minat pun dia jadi macam tuh,.


kadang-kadang jugak ia menjadi over..dan membuatkan 'eeeuuuu'

2 tiru gaya artis




seterusnya..tiru gaya artis..mostly perempuan dekat dunia nie mudah terpengaruh dengan fashion artis..so untuk menampakkan dia lagi comel
dia tiru gaya artis yang agak comel pada dirinya,sedangkan tak sesuai..


3.edit gambar






hah! ini selalu kita lihatkan..perempuan mengedit gambar..mula-mula
tak ada apa-apa pun kat muka tetiba tambahlah bentuk love kat pipi
kononnya nak nampakkan dirinya comel/kiut..lepas itu tambahlah some of sunglasses kononnya nak nampak baik dan skema..sometime it will be okay..and sometime it to much..dan menjadikan gambar itu bertambah hodoh..


4 make up ala-ala artis korea kononnya
now..as you know..k-pop semakin digilai ramai kan..so mulalah menimbulkan
aksi tiru meniru..kekadang meluat jugak tengok kan perempuan yang pakai make up tebal-tebal nie..semata-mata nak tunjuk kat boyfriend or orang kat luar sana yang aku paling comel..hello..buruk lah..




but..tak semua wanita yang seperti ini..hanya segelintir sahaja..
but jadilah diri sendiri..tak perlu nak tunjuk comel,sedangkan anda tidak comel
dan anda boleh jadi comel bila anda tidak mengada-ngada untuk jadi comel..
huh..tak faham?? abaikan


sekian

Sunday, December 11, 2011

lama cuti dan sambung semula..

assalammualaikum..!


hello peeps..


lama dah tak bersua dan berkongsi cerita yer dak?
so now i'm come back again..after hampir satu bulan berperang di medan
peperiksaan..alhamdulillah peperiksaan yang paling penting dalam 
hidup aku sudah berakhir 5dis lalu..tapi bagi mereka yang belum habis tuh sian dey loo,..aku dah senang lelang dah nie..haha![jahat gitu]


sangat lega,happy dan lepas segala-galannya walaupun satu hari nanti aku
akan merinduinya..so,just tunggu dan lihat keputusannya dalam bulan 3 atau
akhir bulan 2 kot..tak tentu lagi..mengharap dapat banyak A..amin,,


hampir 1 bulankan aku tak edit blog buruk aku nie,so dalam
masa itu banyaklah peristiwa penting yang aku tak dapat nak wish
kat sini,so masa sekarang aku nak wish..


*tahniah buat pasukan malaysia kerana menjuarai pingat emas dalam sukan sea di palembang indonesia..sangat bangga dan happy tengok malaysia menang!


*salam maal hijrah to all muslim..rasanya tak terlambat kot aku nak ucapkan..hehe


Now,insyaAllah aku akan active mengedit dan mengfollow blog2 yang menarik
dan akan selalu blogwalking insyaAllah..tak tahu nak cakap apa lagi
sebab otak dah mengong..lagipun idea-idea semua dah beku..haha


see next time..


my birthday today! 11.12..hehehe..genap 17..
sekian..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...